HEADLINES

Anwar enggan tandatangan watikah pencalonan cabang PKR lemah

Perdana Menteri menegaskan hanya cabang parti yang mantap layak menerima watikah pencalonan, sambil mengingatkan jawatan dalam parti bukan jaminan automatik untuk menjadi calon

5:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan menandatangani watikah pencalonan pilihan raya sekiranya cabang parti longgar dan tidak mantap.

“Ini soal parti perjuangan. Kita telah melalui hiruk-pikuk perjuangan, tetapi akhirnya kekuatan dalaman itu yang menentukan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Johor di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi merangkap Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil, Naib Presiden PKR Datuk Seri R. Ramanan dan Pengerusi MPN Johor Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Anwar menegaskan pemilihan calon mesti teliti dan melalui rundingan dengan rakan gabungan, namun cabang yang lemah tidak wajar menuntut kerusi.

“Kita tahu dalam pilihan raya, bicara boleh hebat, teori banyak, strategi canggih, tetapi jika kekuatan di bawah hambar, kita akan gagal,” katanya.

Beliau turut mengingatkan jawatan dalam parti bukan jaminan automatik untuk menjadi calon.

“Tiadalah automatik. Yang menjadi calon ialah mereka yang bekerja dengan dedikasi dan mampu memenangkan parti,” tegasnya.

Anwar mengingatkan anggota agar tidak leka dengan keselesaan semasa, mengimbas cabaran getir yang pernah dilalui PKR.

“Kita pernah dibaling batu, disekat dan diusir, tetapi sekarang kita tidak lagi berdepan dengan keadaan itu. Namun semangat itu jangan sampai luntur kerana rasa selesa,” katanya.

Beliau menutup dengan menekankan PKR perlu kekal sebagai parti reformasi berintegriti untuk mempertahankan kepercayaan rakyat. – 5 April, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related