◉ HEADLINES

MCMC buka 36 kertas siasatan berita palsu krisis tenaga global

22 individu dipanggil, enam kes dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya — MCMC beri amaran tindakan tegas menanti penyebar maklumat palsu

10:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka 36 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu di media sosial dan platform digital berkaitan krisis tenaga global.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan seramai 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah dipanggil untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan.

“Sebanyak enam kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk penelitian dan tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Menurut suruhanjaya itu, pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan digital yang bertujuan mengelirukan orang ramai dengan maklumat palsu. “Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada,” tegas MCMC.

MCMC turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa bertanggungjawab menggunakan media sosial dan digital, serta tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi untuk memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam. – 8 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

◉ Related