◉ HEADLINES

JSPT perketat Ops Mabuk, fokus malam minggu bendung risiko kemalangan

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengarahkan semua kontinjen negeri melipatgandakan operasi membabitkan pemandu mabuk, dengan keutamaan pada malam minggu

11:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memperketatkan Ops Mabuk di seluruh negara dengan operasi lebih kerap dan agresif, khususnya pada malam minggu.

“Saya arahkan supaya dipertingkatkan semua operasi berkenaan Ops Mabuk. Kita sudah tekankan pelaksanaan operasi ini bukan sahaja pada malam minggu, tetapi juga malam-malam biasa, namun keutamaan diberikan pada malam minggu,” kata Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Apresiasi Ops Selamat 25 dan 26 di PULAPOL malam tadi, sambil menegaskan semua kontinjen negeri telah diarahkan mempergiat penguatkuasaan.

“Kita mahu kurangkan risiko dan kejadian kemalangan akibat pemandu mabuk, jadi pendekatan kita adalah dengan mempertingkatkan operasi secara menyeluruh dan konsisten,” katanya.

Langkah itu menyusul insiden awal pagi semalam apabila seorang lelaki ditahan kerana memandu melawan arus dalam keadaan mabuk di Lebuhraya Sprint, Petaling Jaya. Suspek turut didapati melarikan sebuah kenderaan e-hailing.

Pada 3 April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said turut menyarankan semakan semula undang-undang berkaitan kesalahan kemalangan jalan raya agar hukuman lebih berat, susulan kes kemalangan maut di Klang melibatkan pemandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol. – 11 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] GP fee hike may finally end clinic medicine markups: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president says decades of suppressed consultation rates forced clinics to rely on medicine sales — but warns patients will still bear rising healthcare costs despite long-overdue reforms

Red flags ignored, govt money down the drain? A recap of the LCS saga

The eye-watering RM9 billion littoral combat ships project courted controversy last year when multiple government and corporate reports outlined discrepancies behind the deal with main contractor Boustead Naval Shipyard and other companies.

Iran confirm 2026 World Cup participation, outline conditions for hosts

Federation insists on visa assurances, security guarantees and respect for national symbols ahead of tournament in North America

◉ Related