HEADLINES

141 petugas haji Malaysia berlepas, siap sedia urus 31,600 jemaah di tanah suci

Seramai 141 petugas haji Tabung Haji dan Kementerian Kesihatan berlepas ke Arab Saudi hari ini sebagai pasukan awal persiapan operasi haji 1447H/2026M

1:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 141 petugas haji terdiri daripada kakitangan Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan berlepas ke Arab Saudi hari ini bagi melaksanakan persiapan operasi haji musim 1447H/2026M.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pasukan awal itu akan membuat persiapan sebelum ketibaan 31,600 bakal jemaah Malaysia.

“Pasukan awal pertama petugas haji itu melibatkan 61 petugas rombongan kebajikan dan 80 petugas rombongan perubatan. Pasukan kedua sebanyak 107 orang akan berlepas pada 15 April ini,” katanya selepas Majlis Pelepasan Pasukan Awal Petugas Haji di sini.

Beliau menegaskan persiapan tahun ini lebih mantap dengan latihan dan kursus komprehensif bagi memastikan petugas bersedia sepenuhnya.

“Pasukan TH daripada pelbagai latar belakang, kepakaran dan pengalaman inilah yang membentuk satu pasukan yang kuat dan mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada jemaah haji negara,” katanya.

Dr Zulkifli turut menekankan bahawa petugas haji memikul amanah besar sebagai barisan hadapan menyantuni dhuyufurrahman atau tetamu Allah, sambil mendoakan agar operasi haji dipermudah dan semua jemaah dilindungi sepanjang berada di Tanah Suci.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia dijadualkan bermula 18 April, manakala penerbangan terakhir pada 20 Mei. Hari Wukuf, kemuncak ibadah haji, dijangka jatuh pada 26 Mei.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas menggunakan AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines akan membawa jemaah dari lapan stesen berlepas seluruh negara termasuk Kota Bharu, Kuala Terengganu, Alor Setar, Bayan Lepas, Senai, Kuching, Kota Kinabalu dan KLIA. – 11 April, 2026

Topics

 

Hangat

Government caps weekly hours at 42 for critical healthcare workers

Over 82,000 medical personnel to be exempted from 45-hour shift rule under the government’s move to protect frontline welfare

The soul of architecture cannot be coded, replaced by AI: experts

While Artificial Intelligence saves time, they said creativity and intention must come from humans

Johor polls: Cops receive 90 reports during campaign period, no candidates implicated

IGP Mohd Khalid says 25 investigation papers opened over incidents including damage, removal and burning of party flags

Related