HEADLINES

‘Apa yang berlaku ini masih berat untuk saya terima’ : bapa kongsi duka kehilangan Prebet Amirul

2:45 PM MYT

 

TAMPIN – Pemergian anggota tentera Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi bukan sahaja meragut nyawa seorang anggota muda, malah meninggalkan luka mendalam kepada seluruh keluarganya.

Rosafindi Tambi Chik, 49, iaitu bapa Allahyarham, menyifatkan anak sulungnya itu seorang yang bertanggungjawab dan amat menyayangi keluarga, khususnya adik-beradik.

“Bapa mana tidak sayang anak…saya reda dengan pemergiannya dan serahkan segalanya kepada Allah. Namun, apa yang berlaku ini masih berat untuk saya terima,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kelamah, Gemas di sini hari ini.

Menurutnya, Allahyarham seorang yang pendiam dan tidak banyak berkongsi cerita, namun sebagai bekas tentera, dia memahami cabaran dihadapi anggota baharu dalam menjalankan tugas.

Sementara itu adik perempuan, Ainur Shazwani, 22, menyifatkan abangnya sebagai seorang yang sangat baik dan penyayang.

“Kali terakhir kami berhubung adalah pada hari kejadian. Kami sempat membuat panggilan video dan berbual seperti biasa pada waktu siang. Jadi apabila menerima berita yang menimpa abang saya pada malam itu, saya sangat terkejut,” katanya.

Terdahulu, suasana pilu dan hiba menyelubungi Masjid Kariah Felda Sungai Kelamah di Gemas dekat sini apabila van membawa jenazah Muhammad Amirul tiba kira-kira 2.18 pagi tadi.

Ahli keluarga, anggota Tentera Darat (TDM) serta sahabat turut mengiringi jenazah anggota pasukan Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) itu untuk disolatkan kira-kira 2.30 pagi di masjid berkenaan.

Turut menunaikan solat jenazah Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal.

Jenazah Muhammad Amirul dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kelamah, Gemas di sini pada 4.30 pagi dengan penuh istiadat ketenteraan.

Muhammad Amirul, 24, disahkan meninggal dunia pada 9.40 pagi semalam, selepas berada dalam keadaan koma sejak 30 Mac lepas, ketika menerima rawatan di Sultan Haji Ahmad Shah Hospital, Temerloh (HoSHAS) akibat dikasari seorang anggota berpangkat koperal.

Ahllahyarham dilaporkan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan rapi di hospital akibat kecederaan parah yang dialami susulan insiden pukul di Kem Batalion 25 RAMD, Bentong.

Kejadian itu dilaporkan berpunca daripada tindakan seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Rendah berusia 37 tahun yang didakwa menggunakan kekerasan akibat tidak berpuas hati berhubung penugasan diarahkan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memandang serius perkara itu dan komited memastikan keadilan ditegakkan serta kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.

“Tindakan disiplin tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, lebih-lebih lagi melibatkan penderaan fizikal.

“Semua pihak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan tidak menggunakan kaedah di luar garis panduan sedia ada,” katanya. – 12 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related