HEADLINES

Inspektor hidap skizofrenia ditahan selepas rempuh polis trafik

Polis berkata Inspektor yang sedang bercuti sakit itu ditahan selepas dia merempuh anggota trafik, melarikan diri dengan pemanduan berbahaya hingga ke Chan Sow Lin

9:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis berusia 40 tahun yang menghidap skizofrenia ditahan semalam selepas dikejar sekitar ibu negara, berakhir di kawasan Chan Sow Lin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata insiden bermula selepas suspek dipercayai merempuh seorang anggota trafik dari belakang di Jalan Sultan Yahya Petra pada Jumaat malam lalu.

“Pemandu itu melarikan diri tanpa memberikan bantuan. Anggota trafik terbabit cedera di kepala, tapak tangan kanan dan tulang rusuk serta menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Fadil, polis mengesan kenderaan suspek petang semalam sebelum mengejarnya dari Jalan Cheras. Suspek memandu secara berbahaya, melanggar beberapa kenderaan termasuk sebuah Mercedes-Benz, Proton Saga dan kereta peronda polis.

Pegawai trafik turut mengawal lalu lintas bagi mengurangkan risiko kepada orang awam sepanjang operasi. Suspek akhirnya ditahan dan ujian pernafasan mendapati dia negatif alkohol, manakala keputusan ujian air kencing masih menunggu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.

“Setakat ini, tujuh laporan polis diterima membabitkan lima kenderaan awam, sebuah MPV polis dan sebuah motosikal,” kata Fadil.

Rakaman video kejaran itu turut tular di media sosial. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Razif Jamaluddin di talian 019-4482852 atau Hotline Polis Trafik Kuala Lumpur di 03-2026 0267. – 14 April, 2026

Topics

 

Hangat

NFDP overhaul begins to pay off as Malaysia’s youth football revival gains momentum

The National Sports Council says early signs of progress are emerging from the restructured National Football Development Programme, following Malaysia’s strong showing at the 2026 ASEAN Under-17 Championship and closer technical integration with the Football Association of Malaysia

“Tok Abah” akhiri tugas Ketua Pengarah J-Kom bermula esok

Ismail berkata peluang memimpin J-Kom adalah satu pengalaman bermakna sepanjang perkhidmatannya bersama warga jabatan itu dan melahirkan rasa syukur atas pencapaian yang dilakar sejak Januari 2025 hingga kini

White flags to whitewashing KL: stop harmful myths against homelessness – Maya Zaharudin

From labelling the unlucky as lazy to blaming NGOs, rakyat must stop pointing fingers and rally for better policy and collective action

Related