HEADLINES

Bekas Pengarah Perladangan Kumpulan KLK Berhad, Patrick Kee terkorban dalam nahas helikopter di Kalimantan

Konsulat Malaysia di Pontianak bersama keluarga mangsa sedang menguruskan proses membawa pulang jasad ke tanah air

10:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Identiti rakyat Malaysia yang terkorban dalam helikopter Airbus H130 yang terhempas di Kalimantan Barat pada Khamis dikenali sebagai Patrick Kee Chuan Peng, 67 tahun.

Patrick, bekas Pengarah Perladangan Kumpulan KLK Berhad, disahkan antara lapan mangsa yang maut dalam kemalangan berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihak konsulat Malaysia di Pontianak bersama keluarga mangsa, kini sedang menguruskan proses membawa pulang jasad ke tanah air, lapor Buletin TV3.

Terdahulu, Timbalan Operasi dan Kesiapsiagaan Badan Nasional Mencari dan Menyelamat (Basarnas), Edy Prakoso berkata warga Malaysia itu merupakan seorang daripada enam penumpang pesawat malang berkenaan, yang turut membawa dua kru iaitu seorang juruterbang dan seorang juruteknik.

“Benar, seorang daripada mangsa merupakan warganegara asing dari Malaysia,” katanya menurut laporan Agensi Berita Antara pada Jumaat.

Edy berkata proses penyerahan mayat kepada ahli keluarga sedang dijalankan susulan prosedur pengecaman yang telah selesai.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin merakamkan dukacita susulan pemergian Patrick, yang juga bekas Pengarah Perladangan Kumpulan Kuala Lumpur Kepong Berhad.

“Saya berpeluang berkhidmat di bawah kepimpinan beliau semasa berada di Kuala Lumpur Kepong Berhad. Beliau merupakan seorang pemimpin yang dihormati, yang dedikasi, kebijaksanaan dan komitmennya telah meninggalkan kesan yang berkekalan kepada ramai yang berpeluang bekerja bersama beliau.

“Bimbingan serta sumbangan beliau akan sentiasa dikenang, dan legasinya akan terus menjadi inspirasi kepada mereka yang mengenalinya,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook. – 18 April, 2026

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related