HEADLINES

Guna darurat untuk tangguh pilihan raya petanda takut kalah: Muhyiddin

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong baru-baru ini mencadangkan kerajaan Melaka supaya darurat diisytiharkan bagi menangguhkan pilihan raya ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang meningkat susulan krisis bahan api

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor malah gesaan supaya diisytihar darurat bagi penangguhkan itu adalah petanda takut kepada kekalahan, kata presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Muhyiddin, tiada alasan kukuh untuk menangguhkannya dan menggunakan darurat untuk tujuan politik adalah sesuatu yang tidak wajar.

“Bagi saya tiada sebab, kalau ini disarankan oleh wakil rakyat DAP supaya mengisytiharkan darurat tujuannya supaya dapat tangguhkan pilihan raya.

“Waktu Covid dulu ada darurat. Tangguh pilihan raya kerana (ketika Covid-19) ada masalah kesihatan. Saya tak tahu apa sebab sekarang ini minta supaya ditangguhkan.

“Andaian kata takut kalau ada pilihan raya sekarang, dia kalah. Dia kalah kerana orang sekarang marah. Kerana apa? Masalah minyak, masalah diesel dan bebanan kos sara hidup. Bagi saya tidak ada sebab,’’ katanya pada sidang media Majlis Silaturrahim Aidilfitri Bersatu Gombak, hari ini.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Kota Melaka yang juga pengerusi DAP negeri, Khoo Poay Tiong mencadangkan supaya kerajaan Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Cadangan menangguhkan pilihan raya negeri itu dibuat ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang meningkat susulan krisis bahan api.

Selain Khoo, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan turut mencadangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan PRN Melaka ditangguhkan ekoran situasi semasa tidak menentu termasuk ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat serta tekanan kos sara hidup yang sedang dihadapi rakyat.

Ahmad berkata, keadaan semasa dilihat kurang sesuai untuk mengadakan pilihan raya ketika rakyat masih berdepan pelbagai kesan ekonomi termasuk isu harga bahan api.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Perikatan Nasional (PN) bersedia pada bila-bila masa sekiranya kerajaan memutuskan untuk mengadakan pilihan raya.

“Sekarang pun kita sudah mula buat persiapan-persiapan baik di peringkat negeri ataupun di peringkat nasional malah kita sudah lantik pengarah pilihan raya dalam PN,’’ katanya. – 19 April, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related