HEADLINES

Ketua Pengarah Jupem mengaku tidak bersalah terima suapan RM130,000

Hazri Hassan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

10:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk Hazri Hassan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah lebih RM130,000 membabitkan dana Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT).

Hazri, 57, yang juga Pengerusi LJT, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menerima suapan RM30,201.16 berkaitan penglibatannya dalam Mesyuarat LJT yang membincangkan penyertaannya ke Jawatankuasa Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pengurusan Maklumat Geospatial Global (UN-GGIM) di New York, Amerika Syarikat pada Ogos 2024.

Pertuduhan kedua pula melibatkan suapan RM105,914 berkaitan mesyuarat LJT berhubung penyertaannya ke mesyuarat di Madinah dan Jeddah, Arab Saudi pada Januari hingga Februari 2025.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Bilik Mesyuarat LJT, Wisma LJT, Pusat Bandar Melawati pada 3 Ogos 2024 serta di sebuah hotel di ibu negara pada 31 Disember 2024. – 22 April, 2026

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related