◉ HEADLINES

Indonesia akui Malaysia jadi contoh urus data negara

Ahli DPR tempelak agensi gagal satukan sistem, kos cecah trilion rupiah

12:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia dijadikan rujukan oleh Indonesia dalam pengurusan data negara apabila MyKad berfungsi sebagai alat pengesahan identiti utama untuk rakyat menikmati subsidi bahan api.

Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia, Deddy Sitorus, membangkitkan perkara itu dalam pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri pada 20 April lalu, sambil mempersoalkan keperluan rakyat membawa pelbagai dokumen tambahan setiap kali berurusan dengan agensi kerajaan.

“Kad pengenalan rakyat sudah dilengkapi cip dan sudah cukup menjadi rujukan utama,” katanya lapor Harapandaily.

Beliau menegaskan keadaan itu berlaku kerana banyak agensi membangunkan sistem data masing-masing tanpa penyelarasan, termasuk Pertamina bagi urusan subsidi, Komisi Pemilihan Umum untuk data pengundi, serta Badan Pengurusan Jaminan Sosial (BPJS).

“Kalau membazirkan wang, kita (Indonesia) nombor satu!
Kita harus bilang kita lebih bodoh dari orang Malaysia, kerana urusan ini tidak pernah diselesaikan,” tempelak Deddy dalam rakaman yang kini tular di media sosial.

Akibat kegagalan menyatukan data dalam satu sistem berpusat melalui kad pengenalan, beliau berpendapat wujud pembaziran besar kerana setiap sistem menelan kos tinggi sehingga mencecah trilion rupiah setiap tahun. – 22 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related