HEADLINES

Isu penternakan babi: Loke pertahan Adun, tegaskan DAP tetap sanjung institusi diraja

Cadangan Wong Siew Ki dijadikan senjata politik PN, namun Loke tegaskan parti tetap menjunjung institusi diraja

8:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – DAP menegaskan sekali lagi prinsipnya yang menyanjung tinggi dan menjunjung kasih institusi diraja serta tidak pernah berkompromi dalam perkara itu dalam masa sama perlu memberi ruang kepada wakil rakyatnya menyuarakan pandangan.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata pendirian itu sentiasa menjadi pegangan parti dalam memastikan keharmonian antara institusi diraja dan sistem pentadbiran negara terpelihara.

“Sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), dia (mereka) perlu ada ruang untuk menyampaikan pandangan dengan hormat, dengan cara yang baik. Itu adalah tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat.

“Sebab itu, saya ingin menegaskan kepimpinan DAP akan mempertahankan hak Adun kita untuk menyampaikan pandangan dengan kritis dan bernas di Dewan Undangan Negeri, walaupun tahu akan berdepan dengan pelbagai tekanan,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan kritikan ke atas Adun Seri Kembangan, Wong Siew Ki baru-baru ini, berikutan kenyataannya yang didakwa menyentuh isu sensitif berkaitan penternakan khinzir.

Wong semasa membahaskan titah ucapan Sultan Selangor pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dilaporkan memohon pertimbangan kerajaan negeri memberikan ruang kepada penerokaan sistem penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor.

Beliau berkata cadangan itu mengambil kira aspek kesamarataan warganegara seperti yang dijamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Loke berkata cadangan itu telah digunakan oleh pihak pembangkang untuk menyerang parti itu demi kepentingan politik masing-masing.

“Ini sudah tentu diambil peluang oleh pihak Perikatan Nasional, pihak pembangkang, nak jadikan ini sebagai satu isu dan kononnya mendakwa DAP tidak menghormati institusi diraja, tidak menghormati Sultan.

“Saya nak menegaskan, DAP selama ini akan tetap menghormati institusi diraja dan, menghormati Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,” katanya pada Majlis Jamuan Makan Malam Amal DAP Kinrara di Pusat Bandar Puchong malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. – 26 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related