◉ HEADLINES

Polis tahan lelaki kes ingkar titah Sultan Selangor berhubung solat Jumaat, azan

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

8:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes ingkar titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkait pelaksanaan solat Jumaat dan azan di sebuah surau di Ampang yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, suspek yang berusia 46 tahun itu ditahan di sekitar Pandan Indah, Ampang pada kira-kira 3 petang tadi.

Polis, katanya, turut merampas sebuah komputer riba, telefon bimbit dan beberapa dokumen bagi siasatan lanjut.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing adalah negatif,” katanya, lapor Bernama.

Media sebelum ini melaporkan polis telah mendaftarkan nama seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam isu petisyen azan di Ampang, ke dalam senarai pekeliling khas bagi menghalang individu berkenaan meloloskan diri ke luar negara.

Dalam pada itu, Shazeli turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu proses siasatan dan menggugat ketenteraman awam.

“Pihak polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan yang cuba mencetuskan provokasi melampau sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat di negeri ini,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – 26 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related