HEADLINES

Anwar sokong titah Tuanku Muhriz kekalkan Aminuddin

PM tegaskan keluhuran institusi Raja mesti dipertahankan, persoalan Undang ditangani melalui saluran sah

3:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan sokongan penuh terhadap titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, agar Datuk Seri Aminuddin Harun terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar demi memastikan kestabilan pentadbiran negeri.

“Saya menyokong titah Duli Tuanku agar YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun terus menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar demi memastikan kestabilan pentadbiran negeri, memelihara kepentingan rakyat serta menjunjung kedaulatan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Saya yakin berdasarkan pengalaman dan khidmat cemerlang, beliau akan terus menjalankan tugas dengan sempurna,” kata Anwar dalam perkongsiannya di Facebook.

Beliau berkata demikian selepas menghadap Tuanku Muhriz malam tadi bagi membincangkan perkembangan melibatkan institusi Raja dan pentadbiran kerajaan negeri.

Anwar turut menegaskan bahawa persoalan melibatkan institusi Undang sedang ditangani melalui saluran sah serta kebijaksanaan Undang sendiri.

Katanya, Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan kerjasama penuh bagi memastikan kelangsungan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.

“Dalam apa jua keadaan, keluhuran institusi Raja dan undang-undang negeri mesti terus dipelihara serta dipertahankan,” tegas beliau.

Perdana Menteri menyeru rakyat Negeri Sembilan agar berhemah dan menjaga ketertiban dalam membicarakan hal ehwal institusi Raja serta undang-undang negeri.

“Kemenakan beraja ke mamak, mamak beraja ke muafakat, muafakat beraja kepada kebenaran, dan kebenaran itu berdiri sendiri,” ujar Anwar.

Kemelut politik Negeri Sembilan tercetus selepas 14 Adun Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Aminuddin Harun. – 28 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related