HEADLINES

Aminuddin nafi lantik Exco baharu Umno/BN, poster palsu tular main sentimen kaum

Menteri Besar Negeri Sembilan menegaskan poster tular kononnya pelantikan EXCO baharu adalah fitnah, sambil menyifatkannya cubaan mencalarkan imej kerajaan dan mengapi-apikan sentimen perkauman

9:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, menafikan laporan bahawa beliau sudah melantik barisan Exco baharu bagi mengisi kekosongan empat jawatan ditinggalkan Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu menarik sokongan.

Beliau menegaskan penyebaran poster tular itu adalah cubaan mencalarkan imej kerajaan negeri.

“Mereka cuba memainkan sentimen perkauman. Ini adalah kerja-kerja tidak bertanggungjawab yang mahu melihat keharmonian rakyat di Negeri Sembilan dicalarkan dengan sentimen perkauman.

Mohon semua rakyat Negeri Sembilan berwaspada dengan berita atau poster palsu yang tersebar dalam platform media sosial. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari fitnah akhir zaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Aminuddin memaklumkan empat jawatan Exco yang sebelum ini disandang Adun Umno/BN dianggap kosong selepas kesemua mereka menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.

Beliau berkata pengisian jawatan kosong itu akan dibuat kemudian selepas perbincangan bersama kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri.

Krisis politik Negeri Sembilan tercetus selepas 14 Adun Umno/BN menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pada 27 April 2026. Tindakan itu dikaitkan dengan kegagalan menyelesaikan kemelut membabitkan Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Seri Menanti.

Umno/BN, diketuai Datuk Seri Jalaluddin Alias, mendakwa langkah tersebut adalah “demi mempertahankan prinsip parti” dan menolak campur tangan politik dalam urusan institusi diraja serta adat. Namun, hujah itu segera dipersoalkan kerana mengingatkan kembali kepada episod ‘tebuk atap’ Sheraton Move pada 2020, di mana Umno sendiri menjadi penerima manfaat utama.

Dalam masa sama, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menuduh Perikatan Nasional (PN) cuba mengambil kesempatan daripada krisis ini. PN pula menyatakan sokongan kepada kepimpinan UMNO-BN selepas penarikan sokongan terhadap Aminuddin.

Konflik ini bukan sahaja menimbulkan ketidaktentuan politik di Negeri Sembilan, tetapi turut membuka semula luka lama mengenai konsistensi Umno dalam mempertahankan mandat rakyat. – 29 April, 2026

Topics

 

Hangat

FAM warns Sarawak league must stay within national football pyramid

FAM supports Sarawak’s grassroots football ambitions but insists any future professional competition must be sanctioned and integrated into Malaysia’s official football pyramid to ensure recognition, player eligibility and access to national and AFC pathways

Air mata Liza Aziz berderai saat kongsi kisahnya bekerja dengan Sudirman, ralat tidak dapat berjumpa saat akhir

Penyanyi legenda, Liza Aziz tidak dapat menahan air mata saat menceritakan tentang kenangannya bekerja bersama Allahyarham Sudirman Haji Arshad sewaktu menjayakan Konsert A Tribute to Sudirman bersama Orketsra Filharmonik Malaysia (MPO) di Dewan Fulharmonik Petronas (DFP), malam tadi

KPM umum cuti Aidilfitri tambahan, pelajar dapat 9 hari rehat

KPM berkata cuti tambahan ini membolehkan guru, ibu bapa dan pelajar merancang aktiviti serta membuat persiapan lebih awal

Related