◉ HEADLINES

AirTrunk tambah pelaburan 12 bilion: Anwar

Ia menjadikan pelaburan komited AirTrunk berjumlah RM27 bilion di Malaysia

1:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat platform pusat data hiperskala terkemuka di Asia Pasifik dan Asia Barat, AirTrunk, akan meningkatkan pelaburan sebanyak RM12 bilion lagi pada tahun ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, ia sekali gus menjadikan pelaburan komited syarikat berkenaan berjumlah RM27 bilion di Malaysia.

Tegasnya, perkara berkenaan dimaklumkan ketika beliau menerima kunjungan hormat daripada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirTrunk, Robin Khuda, serta delegasi semalam.

“Selain itu, perbincangan turut menyentuh kemajuan pembinaan semasa pusat-pusat data AirTrunk di Johor dan rangka kerja lokalisasi bagi meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian nilai pusat data,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, komitmen pelaburan ini amat dialu-alukan dan diyakini akan memperkukuh lagi kedudukan Malaysia sebagai hab digital serantau yang berdaya saing, progresif dan berkeupayaan tinggi.

“Keputusan ini mencerminkan keyakinan para pelabur, terutamanya syarikat-syarikat teknologi global akan kelebihan Malaysia sebagai rakan strategik di kala Kerajaan memperkemas dasar serta tahap kecekapan pembangunan dan operasi pusat-pusat data,’’ katanya. – 30 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Can Malaysians be more friendly? Country 24th in friendliness, welcome for expats

2024 ranking a slide from 15th spot in previous year, locals in Philippines, Indonesia and Thailand easier to befriend

◉ Related