HEADLINES

Presiden Umno tidak setuju kerajaan baharu, tebuk atap di Negeri Sembilan: Loke

Anthony Loke berkata kerajaan pimpinan Aminuddin Harun berjalan seperti biasa di Negeri Sembilan

1:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak bersetuju dengan penubuhan kerajaan baharu atau ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan.

Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, perkara tu dinyatakan oleh Zahid di dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Malah, kata Loke, kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berjalan seperti biasa meskipun 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan Barisan Nasional (BN) menarik sokongan ke atas pimpinan Aminuddin.

“Semalam dalam Biro Politik Umno telah pun mengeluarkan kenyataan. Walaupun dikatakan 14 Adun itu hilang kepercayaan kepada Menteri Besar, tetapi masih menyokong kerajaan perpaduan.

“Jadi saya lihat itu pendirian yang dibuat oleh Umno. Malah dalam Kabinet semalam Presiden Umno sendiri telah menyatakan pendirian yang sama kepada Kabinet.

“Maksudnya Presiden Umno juga tidak bersetuju untuk penubuhan kerajaan baru atau pun terbuka atap. Jadi maksudnya kerajaan sedia ada ini kekal. Kerajaan perpaduan di Negeri Sembilan ini kekal,’’ katanya selepas menghadiri China-Malaysia Readers Forum on the English Edition of Xi Jinping: The Governance of China (Volume V) di InterContinental Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Isnin lepas, kesemua 14 Adun Umno dan BN Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.

Ia susulan kemelut pemerintahan yang berlaku dan pemakluman rasmi berhubung perkara itu akan dihantar kepada Yang Dipertua DUN dan Setiausaha DUN.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Aminuddin akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Besar seperti dititahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Dalam pada itu, Loke yang juga Adun Chennah berkata isu melibatkan institusi Yang di-Pertuan Besar dengan Undang Luak perlu diselesaikan dengan baik.

“Memang kita tahu ada isu yang belum selesai di antara institusi yang ada Pertuan Besar dengan Datuk-Datuk Undang.

“Jadi itu adalah sesuatu yang di luar kawalan kita. Jadi itu perlulah diselesaikan dengan baik dalam institusi tersebut.

“Menteri Besar, Ahli-ahli Exco, Ahli-ahli Undangan Negeri mereka berfungsi seperti biasa, bekerja seperti biasa dan itu saya rasa dapat memastikan kestabilan itu dapat dijamin,” katanya. – 30 April, 2026

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related