HEADLINES

Pelaksanaan dasar BDR jimatkan hampir RM2 juta RON95 dalam masa 10 hari

Setakat hari ini sebanyak 20,136 penjawat awam terlibat dalam pelaksanaan BDR, berbanding 15,452 pada 15 April lepas

3:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan inisiatif bekerja dari rumah (BDR) berjaya menjimatkan RM1.9 juta subsidi petrol RON95 bersamaan 979,632 liter dalam tempoh 10 hari sejak ia dilaksanakan pada 15 April lepas.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, penjimatan itu melibatkan 120,816 liter petrol atau RM239,215.68 sehari.

“Walaupun mungkin angka itu tidak besar tapi saya melihat ia adalah sumbangan yang signifikan daripada penjawat awam untuk membantu kerajaan menangani bebanan kewangan ekoran daripada krisis di Timur Tengah (Asia Barat),” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ziarah Pesara Uzur di Taman Ria, Sri Lalang, Kluang, hari ini.

Setakat hari ini sebanyak 20,136 penjawat awam terlibat dalam pelaksanaan BDR, berbanding 15,452 pada 15 April lepas.

Wan Ahmad Dahlan memberitahu, pelaksanaan BDR tidak menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat, memandangkan ia hanya melibatkan tugasan yang tidak perlu dilakukan di pejabat.

“(Bagaimanapun) buat masa ini BDR tidak dilaksanakan pada Isnin kerana kita nak bagi tugasan kepada penjawat awam yang akan BDR dan pada Jumaat pula adalah untuk penilaian produktiviti kerja,” katanya.

BDR telah dilaksanakan di beberapa negara sejak penularan jangkitan Covid-19 yang lepas termasuk Singapura, dengan pemantauan produktiviti kerja serta indeks prestasi utama (KPI) dapat dinilai oleh ketua masing-masing.

Pelaksanaan BDR ialah langkah strategik kerajaan bagi memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis bekalan global susulan konflik di Asia Barat, dengan pelaksanaan tiga hari seminggu. – 30 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related