◉ HEADLINES

‘Nak rebut apa lagi’ Anwar minta semua pihak di Negeri Sembilan bertenang

Isu melibatkan kepimpinan di Negeri Sembilan itu perlu dileraikan mengikut perlembagaan negeri

4:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak di Negeri Sembilan supaya bertenang dan memfokuskan kepada usaha untuk memelihara ekonomi dan kepentingan rakyat tidak diganggu gugat.

Menurut Perdana Menteri, isu melibatkan kepimpinan di Negeri Sembilan itu perlu dileraikan mengikut perlembagaan negeri.

Malah, katanya, mengikut titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ialah Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Harun meneruskan tugas mentadbir negeri.

“Isu dilerai ikut Perlembahaan negeri, Kita ikut titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan supaya Menteri Besar teruskan tugas mentadbir negeri dalam keadaan ekonomi begini.

“Tumpu (ekonomi) itu lah. Nak rebut apa lagi, tunggulah sekejap. Jadi sebab itu kita dah nasihat dan saya dah sampaikan kepada kawan-kawan dalam PH dan Umno. Kita runding.

“Tapi sekarang jangan gugat usaha memulihkan ekonomi dan memelihara kepentingan rakyat. Itu yang penting,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nurul Iman, Rawang, hari ini.

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan bersetuju untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri itu bagi memastikan kestabilan politik terus terpelihara.

Zahid berkata keputusan berkenaan dicapai hasil perbincangan bersama dengan semua wakil rakyat terbabit hari ini.

Sebelum ini kesemua 14 Adun Umno dan BN Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Ia susulan kemelut pemerintahan yang berlaku dan pemakluman rasmi berhubung perkara itu akan dihantar kepada Yang Dipertua DUN dan Setiausaha DUN.

Perdana Menteri sebelum ini menjelaskan bahawa Aminuddin akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Besar seperti dititahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. – 1 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

◉ Related