◉ HEADLINES

TH salur RM4.5 juta zakat bina masjid, surau seluruh negara

Sejak 2023, TH membina dua masjid dan sembilan surau di lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak melalui Program Musolla TH, memperkukuh syiar Islam dan kemudahan masyarakat

3:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyalurkan zakat berjumlah RM4.5 juta melalui Program Musolla TH sejak 2023, membina dua masjid dan sembilan surau di lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak, demi memperkukuh syiar Islam serta kemudahan masyarakat.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad, berkata komitmen itu dizahirkan sebagai institusi Islam yang melaksanakan zakat bagi pihak pendeposit, sekali gus memperkasakan pembangunan ummah melalui pelbagai program wakalah.

“Masjid dan surau bukan sekadar tempat ibadah, tetapi pusat penyatuan masyarakat, mengukuhkan ukhuwah dan menjadi medium utama memperkasakan syiar Islam,” katanya ketika merasmikan Surau Al-Hajj di Taman Koperat Putera, Kampung Seberang, Jertih hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Bagi tahun 2025, TH memperuntukkan RM1 juta untuk pembinaan dua surau baharu — RM500,000 bagi Surau Al-Hajj di Terengganu dan RM500,000 lagi untuk surau di Bario, Sarawak.

Mustakim berkata, surau baharu di Terengganu akan memberi manfaat kepada lebih 550 ahli kariah dan penduduk setempat.

“Jika sebelum ini tiada surau berdekatan, saya percaya kemudahan ini akan memudahkan ibadah, majlis ilmu dan mengeratkan silaturahim,” katanya.

Mustakim menegaskan TH akan terus melaksanakan lebih banyak program zakat berimpak tinggi bagi memastikan golongan sasaran menerima manfaat secara langsung. – 3 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related