HEADLINES

Rizal Rickman kini Presiden, Ketua Eksekutif Kumpulan PNB baharu

PNB menjelaskan buat masa ini, Rizal Rickman yang memegang jawatan sebagai Timbalan PGCE akan memangku jawatan baharu itu sebelum pelantikan tersebut berkuat kuasa

5:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd (PNB) melantik Datuk Rizal Rickman Ramli sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan (PGCE) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai, 2026, susulan persaraan Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Dalam kenyataan pada Khamis, PNB menjelaskan buat masa ini, Rizal Rickman yang memegang jawatan sebagai Timbalan PGCE akan memangku jawatan baharu itu sebelum pelantikan tersebut berkuat kuasa.

“Rizal Rickman membawa lebih daripada lapan tahun pengalaman kepimpinan progresif di PNB, termasuk mengetuai bahagian hartanah, pasaran persendirian, pelaburan strategik dan pengurusan pengawasan pelaburan.

“Sebagai Timbalan PGCE, beliau bertanggungjawab terhadap keseluruhan strategi dan operasi kumpulan,” menurut PNB.

PNB memaklumkan sebelum menyertai PNB pada 2018, Rizal Rickman pernah memegang jawatan “Country Managing Partner” Malaysia di firma perundingan global, Boston Consulting Group.

“Pelantikan Rizal Rickman akan memastikan kesinambungan dan kestabilan kepimpinan ketika PNB terus melangkah kukuh bagi merealisasikan Pelan Strategik LEAP-6 serta merangka pertumbuhan masa depan sejajar dengan matlamat PNB untuk memperkasakan kehidupan kewangan rakyat Malaysia merentas generasi,” jelas PNB.

Abdul Rahman akan bersara daripada semua jawatan eksekutif setelah tamat tempoh kontrak dua tahun dengan PNB, dan tarikh akhir beliau bekerja beliau adalah pada 31 Mei, 2026. – 7 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

KLIA drivers urge MOT to intervene over new airport access charges

E-hailing and p-hailing groups say MAHB’s trial system causes delays and penalises drivers

Related