◉ HEADLINES

Kerajaan pastikan bekalan minyak, diesel lebih teratur lepas langkah proaktif bersama Petronas : PM

Langkah seperti pengurangan penggunaan petrol RON95, penguatkuasaan lebih ketat bagi membendung kebocoran dan ketirisan diesel serta usaha mengimport bekalan minyak juga terbukti membantu dalam memperkukuh jaminan bekalan negara

7:32 PM MYT

 

CEBU (Filipina) – Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak dan diesel negara kini lebih teratur selepas mengambil langkah-langkah proaktif, terutama di bawah kelolaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata langkah seperti pengurangan penggunaan petrol RON95, penguatkuasaan lebih ketat bagi membendung kebocoran dan ketirisan diesel serta usaha mengimport bekalan minyak, juga terbukti membantu dalam memperkukuh jaminan bekalan negara.

“Oleh itu dari segi bekalan (ini) tidak begitu meresap (terjejas) sepertimana yang dialami pada dua bulan lepas,” kata beliau kepada media selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status bekalan minyak negara yang sebelum ini dilaporkan mampu bertahan sekurang-kurangnya sehingga Jun ini. – 8 May, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related