HEADLINES

Tiada potongan subsidi minyak bagi T20 buat masa ini: Loke

Budi95 adalah sistem mudah yang membolehkan semua rakyat Malaysia, hanya menggunakan MyKad mereka, menikmati subsidi bahan api dalam persekitaran dan kuantiti yang terkawal, sambil meminimumkan ketirisan justeru sistem itu akan dikekalkan, kata Loke

2:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Subsidi petrol Budi Madani RON95 (Budi95) akan dikekalkan buat masa ini bagi semua golongan khususnya melibatkan kumpulan berpendapatan tinggi T20, kata Anthony Loke.

Menurut Menteri Pengangkutan, memandangkan kerajaan memerlukan sistem yang mudah untuk menguruskan krisis bahan api justeru subsidi petrol Budi Madani RON95 (Budi95) kekal untuk semua golongan.

“Budi95 adalah sistem mudah yang membolehkan semua rakyat Malaysia, hanya menggunakan MyKad mereka, menikmati subsidi bahan api dalam persekitaran dan kuantiti yang terkawal.

“Ia juga bertujuan meminimumkan ketirisan. Jadi, kita mengekalkan sistem itu. Tiada rancangan untuk memotong subsidi bagi golongan T20 buat masa ini.

“Seperti yang saya sebut dua hari lalu, kerajaan sentiasa membincangkan rasionalisasi subsidi tetapi perkara paling penting ialah mencari mekanisme terbaik,’’ katanya, lapor The Star.

Beliau berkata demikian kepada media pada acara Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2026, di Serdang, hari ini.

Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan masih meneliti mekanisme terbaik berhubung cadangan semakan semula subsidi petrol bagi golongan berpendapatan tinggi T20.

Sebelum ini, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilaporkan berkata Perdana Menteri dijangka mengumumkan pelan berkaitan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini, susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz.

Menurut Akmal, pelan berkenaan dijangka memfokuskan kepada usaha memastikan bekalan minyak domestik kekal mencukupi bagi menyokong kelangsungan aktiviti ekonomi negara, selepas kerajaan sebelum ini memberikan jaminan bekalan semasa mampu bertahan hingga Jun.

Pada Sabtu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, Pemuda Umno akan membawa usul menarik balik subsidi petrol bagi golongan berpendapatan tinggi (T20) ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sebagai antara resolusi utama hasil Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun 2.0).

Akmal Saleh berkata, langkah rasionalisasi dan subsidi bersasar itu penting ketika negara berdepan cabaran ekonomi susulan konflik di Asia Barat ketika ini
.
Dalam pada itu, Loke berkata, prinsip di sebalik dasar Budi95 kerajaan adalah untuk menjadikan sistem itu menjadi mudah.

“Kita telah mempermudahkan keseluruhan proses. Kabinet telah membincangkan perkara ini sejak sekian lama dan kebanyakan anggota Kabinet bersetuju bahawa ia mesti menjadi sistem yang mudah,” katanya. – 14 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related