HEADLINES

Polis lumpuhkan sindiket penipuan dalam talian antarabangsa, 187 individu ditahan, aset RM57.68 juta dirampas

Operasi berskala besar yang diadakan dari 6 hingga 7 Mei itu melibatkan 46 serbuan di beberapa premis kediaman termasuk kondominium mewah di sekitar Lembah Klang

4:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian antarabangsa selepas menahan 187 individu dan merampas aset bernilai RM57.68 juta menerusi Op Teguh 2.0 yang dijalankan di seluruh negara awal bulan ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, operasi berskala besar yang diadakan dari 6 hingga 7 Mei itu melibatkan 46 serbuan di beberapa premis kediaman termasuk kondominium mewah di sekitar Lembah Klang.

Operasi berkenaan, katanya dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Polis Diraja Malaysia, Cawangan Khas, CyberSecurity Malaysia dan Telekom Malaysia.

“Seramai 187 suspek yang terdiri daripada 151 lelaki dan 36 wanita daripada pelbagai kewarganegaraan ditahan kerana terlibat dalam kegiatan penipuan dalam talian rentas sempadan.

“Tangkapan melibatkan 129 warga China, 23 rakyat Malaysia, warga Jepun (sembilan), Vietnam (lapan), Indonesia (tujuh), Laos (empat), Thailand (tiga) dan masing-masing dua warga Filipina serta Myanmar.

“Polis merampas aset sindiket bernilai RM57.68 juta termasuk tiga hartanah mewah bernilai RM38 juta,’’ katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohd Khalid turut memberitahu, rampasan lain adalah 20 kenderaan mewah termasuk bernilai RM6.58 juta, 67 unit barangan mewah melibatkan jam tangan, beg tangan, barang kemas, dompet dan gold bar bernilai RM12 juta, selain 556 unit peranti digital termasuk telefon bimbit, komputer dan komputer riba.

“Untuk Phone Scam, mereka menyamar sebagai pegawai polis Jepun menerusi aplikasi BRIA Mobile, Telegram dan Line, bagi Love Scam mereka memperdaya mangsa melalui hubungan maya dengan menyasarkan warganegara Korea dan Jepun,’’ katanya.

Beliau memberitahu, sehingga kini sebanyak 24 kertas siasatan telah dibuka dan polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti keseluruhan rangkaian sindiket termasuk dalang utama, pengurusan kewangan serta hubungan jenayah rentas sempadan yang terlibat.

Semua kes terbabit, katanya, disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 120B Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997. – 15 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related