HEADLINES

Malaysia negara ketujuh paling dipercayai dunia, bukti tadbir urus telus dan harmoni sosial: Nga

Pencapaian ini bukan sekadar angka – ia cerminan kepercayaan rakyat dan dunia terhadap hala tuju Malaysia yang inklusif, telus dan berteraskan rakyat

11:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia melonjak sebagai negara ketujuh paling dipercayai di dunia menerusi Edelman Trust Barometer 2026, menandakan keyakinan rakyat terhadap institusi, tadbir urus dan perpaduan nasional berada pada landasan kukuh.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata Indeks Kepercayaan keseluruhan Malaysia meningkat daripada 66 mata pada 2025 kepada 71 mata tahun ini, sekali gus menempatkan negara dalam kelompok terbaik dunia dari segi tahap kepercayaan rakyat terhadap kerajaan, perniagaan, media dan NGO.

“Pengiktirafan ini bukan sekadar angka, sebaliknya mencerminkan keyakinan rakyat terhadap institusi dan kepimpinan negara. Ia membuktikan usaha Malaysia dalam memperkukuh tadbir urus, kestabilan ekonomi dan keharmonian sosial membuahkan hasil positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nga menegaskan Kerajaan Madani akan terus menegakkan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan dasar berteraskan rakyat bagi memastikan kepercayaan awam kekal menjadi asas kemajuan negara.

“Ketika banyak negara berdepan dengan peningkatan polarisasi dan ketidaktentuan, kedudukan Malaysia dalam kalangan negara paling dipercayai di dunia menunjukkan kekuatan kita dalam memelihara perpaduan dalam kepelbagaian. Pencapaian ini milik seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa laporan itu menekankan cabaran perpecahan sosial dan penularan maklumat palsu, yang wajar dijadikan peringatan untuk semua pihak terus memupuk persefahaman, keterangkuman dan wacana awam bertanggungjawab demi keharmonian serta kemakmuran jangka panjang negara. – 22 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related