◉ HEADLINES

Polis akan ambil keterangan Azam Baki, bantu siasatan dakwaan ugut Albert Tei

Setakat ini polis telah merakam keterangan daripada dua saksi termasuk Albert dan seorang peguam yang didakwa menjadi penyampai maklumat berkaitan ugutan tersebut

5:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan terhadap ahli perniagaan Albert Tei.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan selepas laporan polis dibuat pada 13 Mei lalu.

Menurut beliau, setakat ini polis telah merakam keterangan daripada dua saksi termasuk Albert dan seorang peguam yang didakwa menjadi penyampai maklumat berkaitan ugutan tersebut.

Jelasnya, laporan polis telah dibuat oleh Albert sebelum satu sidang akhbar diadakan, yang mendakwa ugutan itu diterima melalui seorang peguam.

“Selepas kita merakam percakapan Albert dan mengenal pasti peguam terbabit, semalam kita telah merakam percakapan peguam yang dimaksudkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang hari ini.

Menurutnya, siasatan kes masih berjalan dan polis perlu meneliti semua sudut sebelum membuat rumusan berhubung dakwaan berkenaan.

Kertas siasatan, ujar beliau akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat bagi mendapatkan arahan dan nasihat lanjut.

Albert, baru-baru ini telah membuat laporan polis mendakwa Azam mengugut dan cuba menghalangnya daripada mendedahkan skandal rasuah Sabah pada November 2024. – 26 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Unofficial tally: GRS dominates Sabah election as BN and Warisan make gains, DAP defeated

Early results show GRS leading with a strong foothold, while BN and Warisan see notable victories. DAP fails to retain any seats in a dramatic shift

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related