◉ HEADLINES

Polis panggil pakar perlembagaan bantu siasat kes Tony Pua

Polis berkata rakaman percakapan pakar terbabit diperlukan bagi mendapatkan pandangan dari sudut akademik berhubung isu institusi Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara yang dibangkitkan

7:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pakar akademik yang pakar dalam Perlembagaan Persekutuan akan dipanggil pada 3 Jun ini bagi membantu siasatan kes hantaran Facebook bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua yang didakwa menyentuh isu sensitif.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata rakaman percakapan pakar terbabit diperlukan bagi mendapatkan pandangan dari sudut akademik berhubung isu institusi Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara yang dibangkitkan.
​
Setakat ini, ujar beliau, sebanyak 120 laporan polis diterima dari seluruh negara berhubung kes berkenaan dan sebanyak 95 orang saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan, lapor Bernama.

“Kami akan merakam percakapan seorang pakar akademik dari sudut Perlembagaan Persekutuan pada 3 Jun depan sebelum kertas siasatan berhubung kes ini dilengkapkan sepenuhnya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini.

Polis telah membuka kertas siasatan dan merakam keterangan Tony Pua di IPD Shah Alam pada Khamis lepas, susulan satu hantaran di laman sosial miliknya yang didakwa menyentuh ketenteraman awam.

Menerusi hantaran itu, beliau didakwa menyatakan negara mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dengan kuasa raja secara amnya adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja. – 26 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Selangor tawar moratorium 3 bulan kepada penyewa, peminjam perumahan kerajaan negeri: MB

Amirudin berkata, kerajaan negeri memahami keadaan yang kemungkinan dihadapi oleh para penyewa sekiranya kos sara hidup meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang

Bersatu did not betray, sabotage PAS in Perlis: Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu has denied betraying PAS or being involved in the political crisis in Perlis, its president Tan Sri Muhyiddin Yassin said. Muhyiddin said Bersatu did not play any role...

MCA would have handled Selangor pig farm issue better than DAP: Ronnie Liu

Former DAP leader blames state and federal governments for controversy, says farmers were left without compensation or viable alternatives

◉ Related