HEADLINES

Akta Sewa Beli (pindaan) 2026 bermula esok, tiada lagi caj faedah tersembunyi

Institusi kewangan dan syarikat penyedia sewa beli yang masih dalam proses persediaan termasuk integrasi dan pengubahsuaian sistem diberikan tempoh peralihan sehingga 31 Mac 2027

1:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 entiti institusi kewangan dan syarikat penyedia sewa beli akan menawarkan pinjaman sewa beli berdasarkan pindaan peruntukan yang termaktub dalam Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 (Akta 212), yang berkuatkuasa esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, fasa kedua pula akan bermula pada September ini.

Jelasnya, institusi kewangan dan syarikat penyedia sewa beli yang masih dalam proses persediaan termasuk integrasi dan pengubahsuaian sistem diberikan tempoh peralihan sehingga 31 Mac 2027.

“Institusi kewangan dan syarikat penyedia sewa beli digalakkan untuk menawarkan perkhidmatan berdasarkan kerangka undang-undang baharu ini pada kadar segera dan memaklumkan kementerian sebaik memuktamadkan proses peralihan.

“Reformasi undang-undang ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk mewujudkan ekosistem kredit yang lebih telus dan berintegriti, meningkatkan tadbir urus industri, serta melindungi hak dan kepentingan rakyat sebagai pengguna di seluruh negara,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Penguatkuasaan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 ini bermula secara rasmi mulai 1 Jun 2026 sebagai langkah memperkukuh perlindungan pengguna serta memastikan sistem pembiayaan sewa beli yang lebih adil, telus dan berdaya saing.

Sejajar dengan pindaan itu, Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Caj Terma) 2026 [P.U.(A) 171/2026] turut akan berkuatkuasa.

Penguatkuasaa ini adalah susulan daripada pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 yang diluluskan di Parlimen pada 2025 sebagai sebahagian daripada ikhtiar memperkukuh kerangka perundangan berhubung ekosistem kredit pengguna.

Armizan memberitahu, antara isu yang sering dibangkitkan sebelum pindaan dibuat ialah berkaitan transaksi sewa beli dalam pembelian kenderaan, khususnya melibatkan beban caj faedah tersembunyi serta baki pinjaman yang masih tinggi walaupun pengguna membuat penyelesaian awal pinjaman.

“Keadaan ini menyebabkan peminjam yang ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal terpaksa menanggung baki pinjaman yang tinggi dan tidak mencerminkan kos sebenar pinjaman.

“Peruntukan baharu melalui pindaan yang dibuat memperkenalkan Kaedah Pengurangan Baki dan Kadar Faedah Efektif bagi pinjaman sewa beli berkadar tetap di mana faedah dikira berdasarkan baki pinjaman semasa, sekali gus menjadikan penyelesaian awal pinjaman lebih telus dan adil kepada pengguna,’’ katanya.

Armizan berkata pindaan berkenaan turut membenarkan penggunaan tandatangan serta penyerahan dokumen secara digital dan elektronik, selaras dengan transformasi digital bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses perjanjian sewa beli.

Beliau berkata pindaan itu juga memperkenalkan keperluan dua pelaksanaan usaha wajar bagi pengesahan identiti peminjam sebagai langkah mengurangkan risiko penipuan. – 31 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related