HEADLINES

Hadi sahkan pemimpin Umno-PAS adakan pertemuan malam tadi

Pengesahan itu dibuat susulan tular gambar di media sosial yang memaparkan Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad tiba di sebuah hotel di Kuala Lumpur, yang dikatakan menjadi lokasi mesyuarat biro politik Umno, malam tadi

12:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan pertemuan telah diadakan antara pemimpin parti PAS dengan Umno malam tadi, ketika spekulasi kerjasama Muafakat Nasional (MN) 2.0 hangat diperkatakan.

Hadi bagaimanapun berkata ia hanya pertemuan biasa dan beliau tidak terlibat.

“Ia pertemuan biasa. Kita jumpa belaka. Orang nak jumpa, kita jumpa.

“Dimaklumkan kepada saya ada perjumpaan…dimaklumkan kepada saya. Saya tidak terlibat,’’ katanya kepada wartawan pada sidang media Hadi yang dimuatnaik menerusi Youtube yang dikongsi di Facebooknya hari ini.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengesahkan perkara berkenaan susulan gambar yang tular di media sosial yang memaparkan Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad tiba di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.

Ia dikatakan dikatakan menjadi lokasi mesyuarat biro politik Umno, malam tadi.

Perkembangan itu telah mencetuskan spekulasi mengenai perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti berhubung usaha menghidupkan semula kerjasama politik di bawah MN 2.0.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata sudah tiba masanya Muafakat Nasional 2.0 dijayakan bagi memperkukuhkan kedudukan politik Melayu serta umat Islam menjelang beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung.

Menurut Tuan Ibrahim, kerjasama politik yang pernah terjalin antara parti-parti Melayu wajar dihidupkan semula demi masa depan bangsa dan ummah.

Malah, katanya, pembubaran DUN Johor pada 1 Jun lalu dan dijangka diikuti beberapa negeri lain membuka ruang kepada satu gelombang perubahan baharu dalam landskap politik negara.

Malam tadi, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan secara rasmi hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi.

Sementara DUN Johor dibubarkan berkuatkuasa 1 Jun lalu selepas mendapat mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi. PRN Johor ke-15 diadakan pada Mac 2022. Pada PRN15, BN membentuk kerajaan negeri selepas menang 40 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN yang dipertandingkan. – 5 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related