HEADLINES

Tuanku Muhriz kekal diiktiraf Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan: PM

Tindakan menggugurkan atau memakzulkan mana-mana raja akan memberikan implikasi besar kepada negara, kata Perdana Menteri

3:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri turut mengingatkan tindakan menggugurkan atau memakzulkan mana-mana raja akan memberikan implikasi besar kepada negara.

“Krisis di Negeri Sembilan tentunya sedikit menggusarkan kerana institusi Raja ada peraturan, kaedah dan cara kemuliaannya. Jika digugat begini rupa, ia mesej yang sangat tidak baik.

“”Kita harus ikut saluran mahkamah yang buat keputusan tadi dan dan kita juga sudah beri nasihat tetapi diteruskan pengisytiharan di hotel yang saya fikir juga tidak menjejaskan juga imej dan identiti Raja ditabalkan di pekarangan hotel,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti, Puchong, hari ini.

Terdahulu, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dilaporkan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang diadakan di sebuah resort di Negeri Sembilan hari ini.

Pertabalan diisytiharkan dalam majlis ringkas oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.

Ia merupakan perkembangan terbaharu selepas Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun mengesahkan lewat malam tadi bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, memperkenankan pembubaran DUN yang mempunyai 36 kerusi, sekali gus membuka jalan kepada pilihan raya negeri.

Krisis di Negeri Sembilan ini bermula selepas 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional menarik balik sokongan terhadap Aminuddin dengan alasan tidak berpuas hati terhadap cara beliau mengendalikan pertikaian diraja tersebut.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan hari ini menghalang Sidang Khas DKU daripada diteruskan serta mengekalkan Raja Norazli Raja Nordin sebagai Setiausaha DKU sehingga tindakan undang-undang berkaitan perkara itu diputuskan.

Hakim Roz Mawar Rozain membenarkan permohonan injunksi ad interim yang difailkan Raja Norazli bersama DKU bagi mengekalkan status quo pentadbiran badan berkenaan.

Peguam kanan, Steven Thiru yang mewakili Raja Norazli dan DKU mengesahkan mahkamah turut melarang sebarang usaha untuk menggantung, menyingkirkan atau menggantikan anak guamnya daripada jawatan yang disandang ketika ini. – 5 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related