HEADLINES

DAP tanding 17 kerusi di Johor, pertahankan 11 kerusi di Negeri Sembilan

Loke menegaskan ruang kerjasama politik serta formula pembahagian kerusi bersama Umno-Barisan Nasional di kedua-dua negeri berkenaan kini ditutup rapat

2:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – DAP akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang termasuk mempertahankan 10 kerusi yang dimenangi pada 2022.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, selain itu, ia juga merangkumi empat kerusi yang mana parti itu tewas sebelum ini dan turut menetapkan tambahan tiga lagi kerusi baharu.

“Kami telah memberitahu bahawa kami akan mempertahankan semua kerusi yang kami menang pada pilihan raya lepas. Kami memenangi 10 daripada 14 kerusi yang kami tandingi. Jadi, kami akan bertanding di empat kerusi yang kami tewas itu sekali lagi.

“Kami sedang mempertimbangkan tiga kerusi tambahan. Jadi, secara keseluruhannya kami sedang mempertimbangkan untuk bertanding di 17 kerusi,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Pelancaran Dokumentari 60 Tahun Perjalanan DAP di Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Loke turut memberitahu, DAP juga akan mempertahankan kesemua 11 kerusi DUN miliknya di Negeri Sembilan.

Menteri Pengangkutan itu turut menegaskan ruang kerjasama politik serta formula pembahagian kerusi bersama UmnoMNO-Barisan Nasional (BN) di kedua-dua negeri berkenaan ditutup rapat.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi. Pada PRN Johor ke-15 yang diadakan pada Mac 2022, BN membentuk kerajaan negeri selepas menang 40 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Sementara pada PRN pada 2023, gabungan politik PH dan BN membentuk kerajaan di Negeri Sembilan selepas menguasai 31 kerusi DUN. PH memenangi 17 kerusi diikuti BN (14) manakala Perikatan Nasional (lima). – 7 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Related