HEADLINES

‘Tak nak duduk semeja tapi tiap minggu presiden anda duduk sebelah Setiausaha Agung DAP’ Loke bidas Onn Hafiz

Onn Hafiz ketika berucap pada majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Kota Iskandar, Johor Bahru, hari ini menegaskan beliau lebih rela melepaskan jawatan Menteri Besar daripada bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan negeri

7:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke membidas kenyataan Datuk Onn Hafiz Ghazi yang sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar daripada bekerjasama dengan DAP.

Dalam hantaran di Facebooknya, Loke menyifatkan ia sebagai satu keangkuhan sedangkan setiap minggu Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi duduk bersama dalam Mesyuarat Kabinet.

“Anda tak nak duduk semeja dengan DAP……Hebat! Teruskan keangkuhan kamu.

“Tapi, Presiden anda tiap-tiap minggu duduk sebelah dengan Setiausaha Agung DAP ya…harap maklum…terima kasih,’’ demikian sindiran beliau.

Loke turut memuatnaik gambar beliau duduk bersebelahan dengan Zahid dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Terdahulu, Onn Hafiz ketika berucap pada majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Kota Iskandar, Johor Bahru, hari ini menegaskan beliau lebih rela melepaskan jawatan Menteri Besar daripada bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan negeri.

Beliau turut menolak tanggapan bahawa pendirian tersebut bermotifkan perkauman.

“Saya lebih rela tidak memegang jawatan menteri besar daripada duduk semeja dengan mereka.

“Jika diberi mandat sekali lagi, kita tidak sesekali akan bersama-sama DAP dalam kerajaan. Ini bukan isu emosi atau perkauman, tetapi pendirian politik BN Johor,” katanya.

Onn Hafiz juga menyifatkan dakwaan mengundi Barisan Nasional adalah sama seperti menyokong DAP sebagai satu fitnah dan menegaskan rakyat Johor perlu bertenang serta membuat keputusan berdasarkan rekod prestasi gabungan itu dalam mentadbir negeri. – 7 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related