HEADLINES

SPR ada kuasa tentukan tarikh pilihan raya: Zahid

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai menjawab mengenai kritikan mengenai penetapan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berasingan bagi Johor dan Negeri Sembilan

2:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penetapan tarikh pilihan raya adalah hak mutlak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk anggota pentadbiran kerajaan, kata Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai menjawab mengenai kritikan mengenai penetapan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berasingan bagi Johor dan Negeri Sembilan.

“Itu adalah hak dan kuasa SPR dan tidak sepatutnya mana-mana individu, apatah lagi jika berkedudukan sebagai anggota Jemaah Menteri, mengemukakan pandangan peribadi sedemikian.

“Lebih-lebih lagi jika individu berkenaan adalah pemimpin utama parti yang menjadi sebahagian daripada kerajaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Ilmuwan Asia Tenggara Keempat (The 4th Southeast Asian Scholars Conference 2026) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Semalam, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mempersoalkan mengenai PRN Johor dan Negeri Sembilan yang diadakan secara berasingan.

Sambil menyifatkan penjelasan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun sebagai ‘tidak masuk akal’ dan ‘mengarut’ Nga berkata seluruh suruhanjaya itu wajar meletak jawatan jika tidak mampu mengadakan pilihan raya serentak.

Terdahulu, Ramlan berkata pilihan raya serentak tidak dapat diadakan di Johor dan Negeri Sembilan susulan isu logistik dan persiapan melibatkan petugas suruhanjaya berkenaan.

Jelas beliau pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang berlaku secara mengejut telah menyebabkan persiapan bagi negeri tersebut bukan dalam keadaan bersedia sepenuhnya.

SPR sebelum ini menetapkan PRN Johor diadakan pada 11 Julai manakala hari mengundi bagi Negeri Sembilan adalah pada 1 Ogos.

Pada 1 Jun lepas, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang mempunyai 56 kerusi, setelah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Ia disusuli pengumuman Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun pada 4 Jun yang mengumumkan DUN Negeri Sembilan dengan 36 kerusi, dibubarkan pada keesokan harinya setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. – 13 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Regulation over prohibition: nationwide vape ban ‘a gift to black-market syndicates’

Experts warn a blanket ban could undermine public health goals, fuel black-market activity, and penalise compliant businesses

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related