◉ HEADLINES

Isu gelaran ‘Tok Undang’: SUA MB Negeri Sembilan mohon maaf kepada Undang Yang Empat

Menyifatkan gelaran "Tok Undang" kepada Anthony Loke sebagai satu kekhilafan, Ahmad Shahir Mohd Shah menegaskan Pakatan Harapan (PH) kekal mempertahankan kemuliaan dan kedaulatan Institusi Adat Perpatih

1:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahmad Shahir Mohd Shah, hari ini secara rasmi memohon maaf kepada Undang Yang Empat ekoran tindakan beliau memetik gelaran Institusi Undang sewaktu Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Sebagai anak jati yang membesar dalam acuan adat, Ahmad Shahir menegaskan komitmennya untuk sentiasa memelihara kedaulatan struktur tradisional negeri.

“Sebagai anak Negeri Sembilan yang menjunjung tinggi adat, budaya dan Institusi Undang, beliau memandang serius penggunaan gelaran “Dato’ Undang” kerana ia melibatkan sensitiviti Institusi Adat Perpatih yang sewajarnya dihormati semua pihak tanpa mengira fahaman politik,” katanya.

Khilaf gurauan media sosial

Menjelaskan situasi sebenar, Ahmad Shahir mendedahkan bahawa kenyataan tersebut timbul daripada usikan spontan yang merujuk kepada gelaran tular dalam ruang siber melibatkan Ahli Parlimen Seremban.

“Saya mulakan dengan permohonan maaf kepada Udang Yang Empat atas tindakan saya yang berseloroh dengan Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dengan memetik gelaran yang diberi dalam media sosial kepada beliau (sebagai) ‘Tok Undang’.”

“Atas kekhilafan tersebut, saya menginsafi dan berharap agar isu ini dapat menjernihkan kekeruhan yang berlaku,” kata beliau dalam satu kenyataan rasmi.

Komitmen PH pertahan warisan negeri

Mengulas lanjut bagi meredakan ketegangan, beliau memberi jaminan bahawa gabungan politik PH tidak pernah memperlekehkan struktur pentadbiran adat yang menjadi tonggak kestabilan Negeri Sembilan.

“PH sentiasa menghormati serta mempertahankan kemuliaan Institusi Undang sebagai warisan berharga yang menjadi identiti dan kebanggaan Negeri Sembilan,” katanya. – 15 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related