HEADLINES

CEO PSM mengaku tidak bersalah atas 7 tuduhan rasuah projek naik taraf Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil

Ilyas didakwa meminta RM1,005,000 daripada kontraktor untuk melantik syarikat sebagai pembida yang berjaya bagi projek bernilai RM8.73 juta untuk menaik taraf gelanggang dan kemudahan sukan di Pusat Skuasy Nasional di Kuala Lumpur Sports City

10:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Ilyas Jamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh tuduhan rasuah lebih RM1 juta berhubung tender menaik taraf Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil.

Ilyas, 42, membuat pengakuan berkenaan selepas semua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan pertama, Iliyas didakwa meminta rasuah bagi dirinya wang berjumlah RM1 juta daripada Yap Yeow Kuen, 60, di Pejabat Perbadanan Stadium Malaysia, Aras 2, Stadium Nasional Kuala Lumpur Sports Center (KLSC), Sri Petaling di sini, pada 24 Feb lepas.

Wang itu sebagai balasan kerana tertuduh bersetuju memilih syarikat milik Yap iaitu Aerolux Power Constructions Sdn Bhd memenangi tender Projek Menaik Taraf Gelanggang & Kemudahan Sukan di Pusat Skuasy Nasional, Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil di sini, bernilai RM8,733,197.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta  sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, lapor Bernama.

Pada 15 Jun lalu, media melaporkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman, memaklumkan bahawa seorang CEO sebuah badan berkanun akan didakwa berhubung kes rasuah.

Beliau berkata, individu terbabit akan menghadapi tujuh pertuduhan, iaitu satu pertuduhan meminta rasuah dan enam pertuduhan menerima rasuah.

Pada 13 April lalu, individu tersebut direman selama lima hari bermula 14 April bagi membantu siasatan. – 18 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related