◉ HEADLINES

Bersatu gagal cabar tindakan SPRM beku, sita dua akaun bank

Hakim berkata mahkamah berpuas hati pemohon gagal membuktikan keputusan, tindakan atau kecuaian responden dipengaruhi unsur di luar luasa, ketidaksahan, kecacatan prosedur, tidak rasional, berniat jahat, pelanggaran jangkaan sah atau penyalahgunaan kuasa

5:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak semakan kehakiman dikemukakan Bersatu bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku dan menyita dua akaun bank parti itu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aliza Sulaiman (kini Hakim Mahkamah Rayuan) selepas mendapati tindakan SPRM tidak menyalahi undang-undang.

Hakim berkata, mahkamah berpuas hati pemohon gagal membuktikan keputusan, tindakan atau kecuaian responden dipengaruhi unsur di luar luasa, ketidaksahan, kecacatan prosedur, tidak rasional, berniat jahat, pelanggaran jangkaan sah atau penyalahgunaan kuasa.

Keputusan berkenaan disampai dalam prosiding menerusi aplikasi Zoom.

Tiada sebarang perintah mengenai kos dikeluarkan oleh mahkamah.

Pada 29 Mac 2023, Muhammad Suhaimi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan itu dengan menamakan SPRM, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu Tan Sri Azam Baki, kerajaan serta 17 yang lain selaku responden.

Pada 19 April 2023, Bersatu mendakwa akaun bank CIMB dan AmBank parti itu disita tanpa sebarang perintah penyitaan dikeluarkan mengikut Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Parti itu juga mendakwa SPRM mengeluarkan kenyataan pada 20 April 2023 menyatakan kedua-dua akaun disita pada 11 April 2023, namun ia tidak pernah dimaklumkan mengenai penyitaan pada tarikh berkenaan. – 18 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related