◉ HEADLINES

402 kes vape dikaitkan dengan dadah sintetik, asas kuat haramkan vape: Dzulkefly

Beliau memberitahu, perkara itu merupakan satu hujah yang kuat dan kini dalam pengamatan kerajaan

9:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Data rampasan rokok elektronik atau vape oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga April lepas merekodkan sebanyak 402 kes membabitkan peranti dan cecair rokok elektronik dikesan dicampurkan dengan pelbagai jenis dadah sintetik berbahaya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, ia sekali gus menjadikan bukti tersebut sebagai asas yang kuat kepada kerajaan untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik di negara ini.

Beliau memberitahu, ia merupakan satu hujah yang kuat dan perkara itu kini dalam pengamatan kerajaan.

“Pengesanan dadah sintetik seperti benzodiazepine, nimetazepam, MDMA, cannabinoid, tetrahydrocannabinoid, dan juga methamphetamine di dalam sediaan rokok elektronik ini pastinya dilarang dan terlarang untuk digunakan, khususnya terhadap anak-anak di bawah umur atau OBD (Orang Belum Dewasa),’’ katanya lapor Bernama.

Pada 11 Jun lepas, ​Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kemunculan dadah sintetik baharu dikenali sebagai “Piu Piu” di pasaran, yang dikesan dicampurkan dalam cecair rokok elektronik membuktikan peranti itu wajar diharamkan.

Menurut Ayob, dadah mengandungi campuran Fentanyl dan bahan kimia psikoaktif itu boleh memberikan kesan khayal teruk dengan penggunanya umpama ‘zombi’.

​Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melihat penggunaan vape kini sudah tersasar dan disalahgunakan secara meluas oleh sindiket pengedaran dadah sebagai modus operandi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Dzulkefly berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius insiden lambakan cecair rokok elektronik yang dikesan mengandungi dadah sintetik berbahaya dan menegaskan komitmen kerajaan melalui pendekatan menyeluruh bagi menangani ancaman berkenaan.

Tindakan penguatkuasaan, tegasnya tidak lagi hanya terletak di bahu KKM, sebaliknya digerakkan secara agresif melalui kerjasama strategik rentas agensi termasuk bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM. – 21 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

[UPDATED] BAC files for judicial review after 17 law grads barred from CLP exam

This as qualifying board has deemed them ineligible to sit for certificate as they had not spent at least a year of their degree in UK, as mandated by their course

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related