◉ HEADLINES

RUU Seksual Kanak-Kanak: Pemakaian Akta 792 kini melangkaui sempadan

Pindaan terbaru memastikan warganegara dan pemastautin tetap Malaysia boleh disabitkan atas kesalahan seksual terhadap kanak-kanak walaupun dilakukan di luar negara

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Dewan Rakyat kini membuka lembaran baharu dalam perlindungan kanak-kanak apabila Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 dibentangkan semalam, memperluas pemakaian Akta 792 ke luar sempadan negara.

Menurut naskhah RUU yang dimuat naik di portal Parlimen, pindaan seksyen 3 akta itu menetapkan bahawa kesalahan seksual terhadap kanak-kanak boleh disabitkan walaupun dilakukan di luar Malaysia — asalkan mangsa ialah warganegara atau pemastautin tetap Malaysia.

Lebih tegas, akta ini juga terpakai jika pelaku sendiri merupakan rakyat Malaysia atau pemastautin tetap, meskipun kesalahan dilakukan di luar negara.

“Penggantian seksyen 3 bertujuan meluaskan pemakaian luar wilayah Akta 792 bagi kesalahan terhadap kanak-kanak, sama ada mangsa atau pelaku mempunyai kaitan dengan Malaysia,” menurut naskhah RUU itu.

RUU tersebut dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, untuk bacaan kali pertama.

Bacaan kedua dijadualkan berlangsung dalam persidangan kali ini.

Langkah ini dijangka memperkukuh jaringan perlindungan kanak-kanak Malaysia daripada jenayah seksual, tanpa mengira lokasi kejadian. – 24 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Likely higher income for riders as Grab revises incentives, bonus payment schedules

P-hailing drivers and riders can expect more money in their pockets as Grab Malaysia has raised the cancellation rate requirement for all incentives from 5% to 8%.

Anwar: Madani govt’s success stems from stable policies, bold reforms and public trust

The Prime Minister says the people benefit as a result of the government's sound policies

Kita tak boleh bandingkan dengan Umno: Bersatu belum cadang terima ahli dipecat – Muhyiddin

Lembaga Disiplin telah mengambil tindakan terhadap mereka yang dipecat kerana melakukan kesalahan dan setakat ini Bersatu mengekalkan keputusan berkenaan

◉ Related