HEADLINES

Puad Zarkashi keluar Umno, dakwa Johor jadi ‘boneka Istana’

Bekas Speaker DUN Johor itu menyifatkan langkahnya sebagai “keberanian politik” demi mendedahkan campur tangan yang mengekang parti

10:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, hari ini mengumumkan keluar parti serta-merta, mendakwa Umno Johor kini menjadi “boneka” yang dikawal oleh Istana.

Dalam kenyataan lantang di Facebook, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor itu menyifatkan tindakannya sebagai satu bentuk “keberanian politik” untuk mendedahkan campur tangan yang mengekang kebebasan parti di negeri tersebut.

“Tanpa berat hati, saya umum keluar Umno serta merta mulai hari ini 25 Jun 2026. Oleh itu Umno tidak perlu bersusah payah memecat saya. Kini saya bebas mengkritik Umno — wadah yang saya sayangi dan hormati untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya.

Puad menolak dakwaan bahawa langkahnya bermotifkan kepentingan diri, menegaskan beliau meninggalkan Umno ketika parti itu dilihat semakin kuat dengan 56 kerusi ditandingi secara solo, malah beberapa tokoh besar kembali menyertai parti.

“Buat apa saya keluar ketika Umno dilihat kuat… Maka siapa berkepentingan, mereka atau saya?” ujarnya.

Beliau mendakwa Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, sendiri mengakui kepadanya bahawa pembubaran DUN Johor pada 1 Jun lalu adalah atas titah Istana.

“Onn Hafiz hanya pak turut. Itu menjadikan Umno Johor boneka yang terikat. Saya perlu melakukan ‘keberanian politik’ mendedahkan kemungkaran ini sebelum menjadi parah,” tegasnya.

Puad turut memberi amaran bahawa Umno berisiko dipimpin oleh “pengecut politik” yang menyebabkan calon Barisan Nasional diketawakan kerana tiada aspirasi anak muda dan sekadar kitar semula.

“Saya tidak mahu Umno dipimpin oleh ‘Pengecut Politik’… Saya bertawakkal kepada Allah. Kaulah pelindung yang tidak ada tolok bandingnya,” katanya.

Beliau mengakui sedar akan dikecam, dihina, malah keselamatannya mungkin terancam, namun tetap bersedia “bertarung dalam apa jua keadaan.”

“Saya bertawakkal kepada Allah. Kaulah pelindung yang tidak ada tolok bandingnya,” katanya. – 25 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related