HEADLINES

Tarik diri PRN Johor: Gerakan gantung jawatankuasa negeri serta merta

11:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan telah menggantung Jawatankuasa Perhubungan parti itu di Johor, berkuat kuasa serta-merta selepas menarik diri daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agung Gerakan, Wong Chia Zhen berkata, keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Perhubungan Negeri Johor menarik diri daripada menghadapi PRN secara unilateral tanpa sebarang rundingan atau kelulusan daripada kepimpinan pusat.

Jelas Wong, Jawatankuasa Pusat sebulat suara berpandangan tindakan berkenaan merupakan satu salah laku serius kerana melanggar disiplin parti, prinsip kepimpinan kolektif serta tatacara yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Parti.

“Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Presiden Nasional, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, pada semalam.

“Mesyuarat yang berlangsung selama tiga jam itu diadakan bagi membincangkan tindakan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Johor yang membuat keputusan untuk menarik diri daripada menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor secara unilateral tanpa sebarang rundingan atau kelulusan daripada kepimpinan pusat.

“Jawatankuasa Pusat telah memutuskan secara sebulat suara untuk menggantung Jawatankuasa Perhubungan Negeri Johor berkuat kuasa serta-merta sementara siasatan dan tindakan lanjut dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Gerakan Johor, Teo Kok Chee mengesahkan parti itu tidak akan bertanding pada PRN Johor dengan keputusan dicapai secara sebulat suara dalam mesyuarat antara jawatankuasa perhubungan negeri, sayap wanita, dan sayap pemuda.

Teo menyifatkan penarikan diri itu sebagai pilihan rasional bersama yang mengutamakan kepentingan Perikatan Nasional (PN) yang lebih luas.

Dalam pada itu, Wong memberitahu, bagi memastikan kelangsungan pentadbiran serta persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor tidak terjejas, Jawatankuasa Pusat turut melantik Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong, sebagai Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Johor berkuat kuasa serta-merta.

“Parti Gerakan menyeru seluruh ahli parti agar kekal tenang, menghormati keputusan organisasi serta terus memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha membantu dan berkempen bagi calon-calon Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Johor,’’ katanya.

Gerakan juga, ujar beliau akan terus mempertahankan prinsip disiplin, perpaduan dan keutuhan organisasi demi memastikan perjuangan parti serta kepentingan gabungan Perikatan Nasional terus diperkasakan. – 27 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Agong’s warning on ‘flying coffins’: A look back at Malaysia’s Skyhawk jet fiasco – A. Azim Idris

Sultan Ibrahim highlighted the costly A-4 Skyhawk deal as a lesson in scrapping the procurement of 30-year-old Black Hawk choppers, urging Malaysia to avoid past failures in defence strategies

Related