HEADLINES

Pertembungan PH – BN di Johor tidak ganggu pentadbiran Kerajaan Perpaduan

Mohamad Sabu berkata sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan, hubungan dan tugasan terutamanya melibatkan jemaah menteri daripada dua parti berkenaan tetap baik

11:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertembungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tidak akan mengganggu urusan pentadbiran Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Malah kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan, hubungan dan tugasan terutamanya melibatkan jemaah menteri daripada dua parti berkenaan tetap baik.

Meskipun di peringkat negeri, kata Presiden Amanah itu menyaksikan PH dan BN mempunyai percaturan masing-masing untuk memenangi pilihan raya, namun ia tidak sama sekali menggugat kestabilan di peringkat Persekutuan.

“Ya tidak ganggu, misalnya di dalam mesyuarat jemaah menteri, semua berjalan lancar, pergaulan kami juga tiada masalah, jika ada perkara baik kita saling menyokong satu sama lain, saling tegur menegur, baik sahaja.

“Di sini (Johor), ya kita lawan ini (BN), tapi dekat Persekutuan tidak, itulah politik Malaysia ketika ini, dia jadi pelik sikit. Kita harap lepas pilihan raya ini kita cari jalan (terbaik) sebab sekarang kita bertembung di siang hari tapi berkawan di malam hari,” katanya, lapor Bernama.

Beliau ditemui selepas mengiringi calon PH bagi DUN Permas, Sharon Teo ke Pusat Penamaan Calon PRN Johor di Dewan Muafakat, Taman Mawar, Johor Bahru, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan Amanah Pasir Gudang yang mahu memboikot pencalonan dan kempen Teo di DUN Permas, Mohamad Sabu berkata gerak kerja parti untuk memastikan kemenangan calon mereka berjalan seperti biasa.

“Tiada masalah, biasalah memang mana-mana parti, bila keputusan dah buat, ada lah beberapa sikap individu untuk tidak bersetuju. Tiada boikot, malah hari ini saya pun gembira lihat ramai penyokong yang sama-sama berarak menghantar calon kita ke pusat penamaan,” katanya.

DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi dibubarkan pada 1 Jun lepas dan SPR menetapkan 7 Julai ini bagi hari pengundian awal, manakala 11 Julai sebagai hari mengundi.

Berdasarkan statistik SPR, PRN kali ini melibatkan sebanyak 2,727,926 pemilih berdaftar terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan, serta 12,710 anggota polis dan pasangan. – 27 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related