HEADLINES

Australia gandakan denda maksimum terhadap platform langgar larangan media sosial

Sejak 10 Disember 2025, kanak-kanak berusia bawah 16 tahun di negara itu, dilarang menggunakan 10 platform media sosial utama, bagaimanapun ramai daripada mereka masih boleh mengakses dan menggunakan aplikasi yang disekat itu

8:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Australia mengumumkan akan menggandakan denda maksimum bagi pelanggaran undang-undang had umur minimum penggunaan media sosial kepada A$99 juta (US$68 juta) daripada A$49.5 juta.

Di bawah pindaan undang-undang itu, Pesuruhjaya eSafety iaitu badan pengawal selia bebas juga akan diberi kuasa mengarahkan syarikat media sosial mengemukakan bukti mengenai langkah-langkah yang diambil bagi mematuhi larangan tersebut.

Sejak 10 Disember 2025, kanak-kanak berusia bawah 16 tahun di negara itu, dilarang menggunakan 10 platform media sosial utama, bagaimanapun ramai daripada mereka masih boleh mengakses dan menggunakan aplikasi yang disekat itu, lapor BBC.

Siasatan telah dibuka terhadap dakwaan ketidakpatuhan melibatkan lima platform yang tertakluk kepada larangan berkenaan, iaitu Facebook, Instagram, Snapchat, TikTok dan YouTube.

Suruhanjaya eSafety dalam laporannya memaklumkan tujuh daripada 10 kanak-kanak berusia bawah 16 tahun yang mempunyai akaun media sosial sebelum larangan dikuatkuasakan masih mempunyai “sebahagian akses. – Gambar Pixabay, 28 Jun, 2026

Meskipun larangan media sosial Australia yang dikuatkuasa penghujung tahun lalu mendapat publisiti yang meluas, namun kerajaan Australia berdepan kesukaran untuk menguatkuasakannya.

Dalam laporannya, Suruhanjaya eSafety, memaklumkan tujuh daripada 10 kanak-kanak berusia bawah 16 tahun yang mempunyai akaun media sosial sebelum larangan dikuatkuasakan masih mempunyai “sebahagian akses”.

Dalam kenyataannya pada Sabtu, kerajaan Australia, mengakui cabaran tersebut dan berkata hukuman yang lebih berat membuktikan pihaknya “mengambil tindakan lebih tegas terhadap platform yang tidak melakukan secukupnya” untuk mematuhi undang-undang.

Kerajaan turut menambah bahawa kuasa tambahan yang diberikan kepada Pesuruhjaya eSafety akan menyokong siasatan yang lebih berkesan serta tindakan penguatkuasaan yang berpotensi diambil.

“Saya berasa gembira dengan perubahan dalam perbincangan dan momentum global yang kita lihat sejak memperkenalkan had umur minimum penggunaan media sosial. Namun jelas syarikat teknologi gergasi masih belum melakukan secukupnya untuk mematuhi undang-undang,” kata Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.

Beliau menambah: “Masih terlalu ramai kanak-kanak menggunakan media sosial.”

Pandangan itu turut disuarakan oleh Menteri Komunikasi Australia, Anika Wells, yang berkata beliau “tidak berpuas hati” dengan usaha syarikat teknologi yang didakwanya masih belum melakukan “segala yang termampu” untuk menghalang kanak-kanak daripada menggunakan media sosial.

“Jelas kepada saya bahawa platform media sosial menggunakan helah yang sinonim dengan syarikat teknologi gergasi dan hanya melakukan usaha minimum untuk memenuhi keperluan undang-undang,” katanya.

Dalam tempoh beberapa bulan selepas Australia memperkenalkan larangan media sosial itu, beberapa negara lain turut memberi isyarat akan mengambil langkah sama, termasuk United Kingdom (UK).

Pada Jun 2026, Perdana Menteri UK, Sir Keir Starmer, mengumumkan bahawa kerajaannya akan memperkenalkan larangan serupa terhadap kanak-kanak berusia bawah 16 tahun, yang dijadual berkuat kuasa pada musim bunga 2027.

Senarai penuh platform yang akan terlibat masih belum diumumkan. Bagaimanapun, larangan itu akan meliputi platform “yang bertujuan membolehkan interaksi sosial dan membenarkan pengguna memuat naik kandungan”.

Uk turut memaklumkan perintah berkurung penggunaan media sosial pada waktu malam serta langkah untuk menghalang ciri infinite scrolling bagi pengguna bawah 18 tahun sedang dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada perundangan tersebut. – 28 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Kelantan Red Warriors hit with two-match suspension amid FIFA dispute

Amateur Football League pauses KRW fixtures as club given until Aug 14 to resolve FIFA issues

Police detain man for allegedly threatening Zamri Vinoth

Viral video shows the suspect, along with several others, confronting the independent preacher in his vehicle

Related