HEADLINES

Undi Umno di kerusi tak ditandingi PN untuk sekat PH – DAP kuasai Johor: Pemuda PAS

PAS berkata matlamat utama ialah memastikan dominasi Pakatan Harapan (PH), khususnya pengaruh DAP sebagai parti terbesar dalam gabungan itu, dapat disekat demi menjaga kepentingan rakyat dan masa depan Negeri Johor

4:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Undi ahli PAS wajib diberikan kepada semua calon yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) tanpa mengira parti komponen yang diwakili pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Justeru, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nadzir Helmi berkata, kenyataan yang dibuat Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai kesediaan memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi oleh PN perlu difahami dalam konteks strategi politik yang lebih besar.

Matlamat utama, katanya ialah memastikan dominasi Pakatan Harapan (PH), khususnya pengaruh DAP sebagai parti terbesar dalam gabungan itu, dapat disekat demi menjaga kepentingan rakyat dan masa depan Negeri Johor.

“Keutamaan PAS tetap konsisten, iaitu memperkukuhkan penguasaan politik Melayu-Islam, memastikan kemenangan Perikatan Nasional sebanyak mungkin, serta menghalang Pakatan Harapan dan DAP daripada menguasai Negeri Johor.

“Inilah pendirian yang sentiasa menjadi asas pertimbangan PAS dalam setiap keputusan politik.

“Pemuda PAS menyeru seluruh ahli dan penyokong agar tidak terpengaruh dengan naratif yang cuba mengelirukan masyarakat sebaliknya kekalkan disiplin perjuangan, patuhi arahan parti, dan utamakan kemenangan PN sebagai agenda utama dalam Pilihan Raya Negeri Johor,’’ katanya dalam kenyataan hari ini

Pada Sabtu, Timbalan Pengerusi PN Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, penyokong PN diminta mengundi Umno di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang tidak ditandingi gabungan itu.

Arahan tersebut, katanya, bertujuan mengelakkan perpecahan undi serta mengukuhkan sokongan gabungan itu bagi menentang Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Nadzir meminta seluruh ahli dan penyokong agar tidak terpengaruh dengan naratif yang cuba mengelirukan masyarakat dan pada masa sama mengekalkan disiplin perjuangan, patuhi arahan parti serta mengutamakan kemenangan PN sebagai agenda utama dalam Pilihan Raya Negeri Johor.

“Undi wajib kepada Perikatan Nasional. Strategi politik di kerusi lain bertujuan mengekang kemaraan Pakatan Harapan. Keutamaan kita tetap sama iaitu mempertahankan kepentingan Islam, Melayu dan masa depan Johor,’ katanya. – 29 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

NSC puts ball in Azizulhasni’s court, wants LA 2028 plan before funding

Track cycling star asked to submit detailed programme, targets and budget as council reaffirms backing for Olympic bid

Merdeka Stadium reopening: Comms Ministry ready to collaborate with PNB, says Fahmi

Communications Minister Fahmi Fadzil said this is because the ministry can provide archival material related to the stadium, which was first built in 1956. 

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Related