HEADLINES

Pegawai SPRM terpilih sertai latihan FBI di Quantico

Penyertaan KPKPj Irawan Khlir dalam program FBI National Academy siri ke-299 bukan sekadar penghormatan antarabangsa, tetapi juga pengiktirafan terhadap profesionalisme dan keupayaan SPRM dalam membanteras rasuah serta jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks

11:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya (KPKPj), Irawan Khlir daripada Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi pegawai ketiga agensi itu diberi penghormatan menyertai latihan antarabangsa anjuran FBI di Quantico, Virginia, Amerika Syarikat.

Pegawai kanan SPRM itu terpilih mewakili Malaysia bagi program latihan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) National Academy siri ke-299 selama lebih dua bulan.

SPRM berkata, pemilihan berkenaan secara tidak langsung mencerminkan pengiktirafan global terhadap tahap profesionalisme, kepimpinan dan keupayaan warga kerja suruhanjaya berkenaan.

“Program latihan intensif yang menghimpunkan pegawai penguat kuasa undang-undang dari seluruh dunia itu dijadualkan berlangsung bermula 8 Julai hingga 17 September ini.

“Fokus utama program ini untuk meningkatkan kompetensi pegawai dalam aspek kepimpinan strategik, pengurusan operasi, teknik siasatan lanjutan, risikan berteknologi tinggi dan pengendalian ancaman keselamatan rentas sempadan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, penyertaan pegawai terbabit adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh kapasiti pasukan menerusi pendedahan kepada standard operasi dan amalan terbaik global.

“Pendedahan ini amat penting dalam mempertingkatkan keupayaan SPRM untuk terus beradaptasi dengan evolusi ancaman jenayah yang semakin kompleks dan sofistikated, khususnya membabitkan rasuah rentas sempadan, pengubahan wang haram, jenayah kewangan digital serta sindiket jenayah terancang,” katanya.

Selain modul pembelajaran formal seperti pendekatan forensik moden dan analisis risikan, program itu turut membuka ruang pertukaran pengalaman serta pembinaan jaringan strategik bersama penguat kuasa dari negara lain.

Agensi itu turut meletakkan keyakinan bahawa pegawai yang tamat menjalani latihan itu kelak akan bertindak sebagai pakar rujuk dalaman. Langkah ini dijangka menyumbang kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP), dasar penguatkuasaan dan kelancaran operasi siasatan.

Penyertaan ini selaras hasrat kepimpinan tertinggi SPRM melahirkan modal insan yang profesional, berintegriti tinggi dan berdaya saing, selari dengan standard amalan penguatkuasaan antarabangsa dalam membanteras rasuah di negara ini. – 1 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related