HEADLINES

Pengeluar e-wallet yang cuai wajib bayar pampasan penuh pada mangsa penipuan dalam masa 7 hari : Anwar

Keperluan membayar pampasan penuh itu termasuk dalam keadaan di mana kerugian sebahagiannya berpunca daripada kecuaian pengguna

1:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengeluar dompet digital (e-wallet) perlu membayar pampasan penuh kepada mangsa penipuan dalam tempoh tujuh hari bekerja sekiranya mereka gagal melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, keperluan itu terpakai termasuk dalam keadaan di mana kerugian sebahagiannya berpunca daripada kecuaian pengguna.

“BNM, bersama agensi berkaitan dan pihak swasta, juga telah melaksanakan pelbagai program kesedaran secara berterusan dan melalui pelbagai platform untuk mendidik orang ramai.

“Dalam usaha membanteras isu penipuan kewangan, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa,’’ kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis di Parlimen

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Anak Gingkoi yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan bercadang memperkukuh mekanisme perlindungan dan pampasan kepada pengguna yang menjadi mangsa penipuan melibatkan transaksi e-wallet dan pembayaran digital bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap ekonomi digital negara.

Menurut Anwar, kerajaan sentiasa memantau memantau dan memperkukuh rangka kerja perlindungan pengguna dalam ekosistem pembayaran digital termasuk transaksi perbankan atas talian dan penggunaan e-dompet (e-wallet), selaras dengan perkembangan pesat ekonomi digital negara.

Bagi tujuan pencegahan, kata beliau, BNM menetapkan pelbagai keperluan kawal selia ke atas institusi perbankan serta pengeluar ewang layak (eligible e-money issuer) termasuk pengukuhan kaedah pengesahan transaksi, pelaksanaan tempoh bertenang (cooling off period) bagi transaksi berisiko tinggi, had pengesahan kepada satu peranti berdaftar, penyediaan talian hotline khas bagi laporan penipuan, serta pengenalan fungsi “kill switch” bagi membolehkan pengguna membekukan akaun dengan segera apabila disyaki berlaku penipuan.

Sementara bagi aspek penguatkuasaan, penubuhan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan atau National Scam Response Centre (NSRC) merupakan usaha sama pelbagai agensi dalam menyelaras tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian.

“Keupayaan NSRC untuk menjejak dan membekukan dana turut diperkukuh melalui penubuhan National Fraud Portal (NFP) di mana proses penjejakan dana telah diautomasi bagi mempercepat tempoh pengesanan dan pembekuan dana yang mencurigakan.

“Bagi meningkatkan tahap perlindungan pengguna yang menjadi mangsa penipuan kepada transaksi perbankan atas talian, BNM telah menambah baik dasar sedia ada di bawah Dokumen Dasar Layanan Adil kepada Mangsa Transaksi E-Perbankan Tanpa Kebenaran (Ensuring Fair Treatment for Victims of Unauthorised e-Banking Transactions, SEFT) pada 2024,’’ katanya.

Anwar turut menjelaskan, sebarang kes siasatan yang tidak berpihak kepada pelanggan juga tertakluk kepada semakan bebas (independent review) untuk memastikan penilaian yang objektif.

Jika mangsa penipuan tidak bersetuju dengan keputusan institusi perbankan, mangsa berhak untuk mengemukakan kesnya kepada Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (Financial Market Ombudsman Service, FMOS).

“Pelaksanaan dasar ini dan langkah tambahan keselamatan oleh institusi perbankan telah menunjukkan perkembangan positif dan sepanjang 2025, transaksi berjumlah RM1.2 bilion telah dapat dihentikan dengan peningkatan bilangan mangsa yang menerima pampasan penuh atau separa sebanyak 26% selepas setahun pelaksanaan penuh.

“Amalan di kalangan pihak bank juga telah menunjukkan penambahbaikan dari segi kebertanggungjawaban dalam siasatan dan ketelusan terhadap hak pelanggan,’’ katanya. – 1 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related