HEADLINES

‘Mereka tidak memahami keperluan rakyat’: Sultan Sharafuddin tegur Guan Eng, Tony Pua berhubung LRT3

8:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegur bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas Ahli Parlimen DAP Tony Pua kerana didakwa gagal memahami tujuan sebenar projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sehingga perkhidmatan itu akhirnya beroperasi Isnin lepas. 

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini sempena siapnya LRT3 Laluan Shah Alam, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa kos pelaburan projek itu telah dikurangkan di bawah Kementerian Kewangan yang diterajui Guan Eng, dengan Tony Pua bertindak sebagai penasihatnya, walaupun laluan tersebut dirancang bagi memenuhi keperluan pengangkutan rakyat.

Baginda menegaskan LRT3 bukan projek mega dan bukan projek untuk bermegah-megah, tetapi demi kepentingan dan kesejahteraan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menegur bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng (kiri) dan bekas Ahli Parlimen DAP Tony Pua kerana didakwa gagal memahami tujuan sebenar projek LRT3 apabila skop projek itu dikecilkan selepas pertukaran kerajaan pada 2018

“Apabila berlaku pertukaran kerajaan pada tahun 2018, projek LRT3 ini tergendala lebih 18 bulan, dengan tambahan 19 bulan akibat wabak Covid-19 sehinggalah tahun 2021.

“Ketika itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada DAP bersama penasihatnya Tony Pua dari DAP telah mengecilkan kos pelaburan untuk projek ini atas alasan kononnya ini merupakan projek ‘mega’ sedangkan mereka tidak memahami tujuan pembinaan projek LRT3 ini demi memenuhi kehendak dan keperluan rakyat.

“Beta ingin tegaskan bahawa ini bukan projek mega dan bukan projek untuk bermegah-megah, tetapi ianya projek untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat Beta,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut mendedahkan ketika Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, saiz setiap stesen telah dikecilkan, bilangan gerabak tren dikurangkan, manakala lima stesen yang dicadangkan di sepanjang jajaran projek digugurkan daripada skop asal.

Projek LRT3 menjadi tumpuan perdebatan nasional pada tahun 2018 selepas pentadbiran Pakatan Harapan menyemak semula projek laluan rel itu susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pada Julai 2018, Guan Eng mengumumkan bahawa anggaran kos projek berjaya dikurangkan daripada RM31.65 bilion kepada RM16.63 bilion menerusi langkah rasionalisasi.

Langkah penjimatan itu termasuk mengecilkan saiz stesen, mengurangkan jumlah set tren, menangguhkan pembinaan lima stesen serta melanjutkan tempoh siap projek.

Kerajaan ketika itu memaklumkan bahawa langkah rasionalisasi tersebut akan menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM15.02 bilion.

Pada masa sama, Tony Pua yang berkhidmat sebagai penasihat kepada Guan Eng mempertahankan langkah rasionalisasi itu dengan menyatakan bahawa projek yang diwarisi daripada pentadbiran Barisan Nasional adalah terlalu mahal dan semakan semula perlu dilakukan bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan.

Lima stesen yang ditangguhkan ialah Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik, namun kesemuanya kemudian dikembalikan semula ke dalam skop projek oleh Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – 1 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related