◉ HEADLINES

Jangan layan serangan peribadi lawan: KJ ingatkan calon BN

Khairy berkata BN perlu mengekalkan kempen yang matang tanpa unsur hasutan atau serangan peribadi bagi meraih kemenangan

7:13 PM MYT

 

BATU PAHAT – Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu berkempen secara berhemah dan tidak melayani serangan peribadi pihak lawan yang mungkin menganggap gabungan itu sebagai ancaman.

Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata BN perlu mengekalkan kempen yang matang tanpa unsur hasutan atau serangan peribadi bagi meraih kemenangan.

“Jangan beri harapan, jangan menghasut, jangan lakukan serangan peribadi dan jangan semai kebencian ketika berkempen. Kekalkan status berkempen secara mulia dengan perancangan-perancangan demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas program Lunch Hour With KJ x NS di sini hari ini yang turut dihadiri calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Datuk Mohamad Najib Samuri.

Menyentuh mengenai pengundi muda, Khairy berkata BN mempunyai pendekatan tersendiri untuk mendekati pengundi kali pertama berusia 18 tahun dan golongan 20-an yang mungkin tidak melalui fasa kejayaan BN sebelum ini.

“Golongan ini tidak mengenali sejarah BN, kita akan memperjuangkan hala tuju mereka dengan menyediakan beberapa inisiatif seperti peluang pekerjaan dan memiliki rumah serta bantuan untuk melanjutkan pengajian kepada mereka,” katanya. 

Sementara itu, Mohamad Najib berharap pengundi dapat memberi kepercayaan kepadanya berdasarkan rekod penyelesaian beberapa projek sakit di kawasan berkenaan.

“Setelah empat tahun menjadi wakil rakyat di kawasan ini, beberapa projek tertangguh telah berjaya diselesaikan antaranya pembinaan sekolah, naik taraf jalan dan terbaharu, projek tebatan banjir,” katanya.

Dalam misi mempertahankan kerusi Parit Yaani pada PRN kali ini, Mohamad Najib berdepan saingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan (PH) Md Ezam Md Taslim.

Sebanyak 172 calon bertanding pada PRN Johor yang akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai. – 2 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related