◉ HEADLINES

Seminggu tinggalkan Umno, Puad Zarkashi muncul di pentas PH

Seminggu selepas mantan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat keluar parti, terus duduk sebaris Anwar di pentas PH, sambil berikrar 'politik berani' demi keseimbangan negeri

10:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hanya seminggu selepas mengumumkan keluar UMNO, bekas Adun Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencuri perhatian apabila hadir ke program Pakatan Harapan (PH) di Felda Ulu Tebrau, semalam.

Bekas Speaker DUN Johor dan mantan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat itu sebelum ini mengejutkan apabila menyatakan sokongan terbuka kepada calon PH di DUN Rengit, Mohamad Yazid Bakri, pada PRN Johor ke-16.

Di pentas Dialog Terbuka Belia Johor, Puad bukan sekadar hadir – beliau dilihat bersalaman dan berpelukan dengan Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, beliau duduk bersebelahan Anwar sepanjang majlis berlangsung.

Ketika dijemput berucap, Puad menegaskan kehadirannya adalah tanda sokongan kepada calon PH DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik.

“Bukan senang nak pujuk saya, saya datang sebab sahabat lama. Ringkas sahaja, saya naik ke pentas PH ni sebab PH adalah Kerajaan Perpaduan, Barisan Nasional (BN) pun Kerajaan Perpaduan.
Tak ada salahnya, apatah lagi saya bukan lagi ahli Umno,” katanya.

Puad mengakui menerima kecaman bertubi-tubi sejak menyatakan sokongan kepada calon PH Rengit, termasuk dilabel sebagai pengkhianat perjuangan Umno. Namun beliau tetap bertegas:

“Ada hina saya kata ‘kalau masuk DAP lagi senang’. Tak apalah, yang penting saya akan teruskan keberanian politik supaya politik seimbang di Johor ini.”

Puad sebelum ini mengumumkan tidak mempertahankan kerusi DUN Rengit, yang kini ditandingi Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Mohd Zaidi Japar.

Beliau berundur dari Umno secara rasmi pada 25 Jun lalu – langkah yang terus menggoncang landskap politik Johor. – 5 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related