HEADLINES

Kerajaan tegas tolak rasuah, ada parti politik tidak senang: Anwar

Anwar Ibrahim menegaskan pentadbiran Madani tidak berkompromi dengan rasuah, sambil mendakwa ada parti politik berpakat mahu menjatuhkannya kerana ketegasan membanteras salah guna kuasa

12:45 PM MYT

 

BATU PAHAT – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat parti politik berpakat mahu menjatuhkannya kerana pentadbiran Kerajaan Madani terlalu tegas membanteras rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut Anwar, sikap kerajaan yang tidak berkompromi dengan amalan mencuri wang rakyat atau menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan pihak tertentu.

“Sebab itu tuan‑tuan tahu sekarang, semua parti pakat mahu jatuhkan saya. Kenapa? Sebab dia tahu kita strict (tegas). Dia tahu kita jaga semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama PMX bagi DUN Senggarang sempena PRN Johor, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Komunikasi PH merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Anwar menegaskan beliau tidak gentar dengan tekanan politik kerana prinsip pentadbirannya jelas – memastikan pemimpin tidak menyalahgunakan kuasa untuk tanah, projek, saham atau kekayaan peribadi.

“Saya datang Johor berpuluh kali, saya ambil tanah? Tak. Saya ambil projek? Tak ada. Saya ambil saham? Tak ada. Kita kena ajar wakil rakyat kita, negeri baik, jaga prinsip ini,” katanya.

Beliau menyeru pengundi Johor memberi peluang kepada PH mentadbir negeri supaya kebajikan rakyat dan tadbir urus bersih dapat dilaksanakan lebih menyeluruh.

Walaupun Johor menerima projek pembangunan bernilai berbilion ringgit, Anwar menekankan masih ada isu asas rakyat yang perlu diberi perhatian – perumahan, jalan, masjid, surau, rumah ibadat serta bantuan kepada golongan memerlukan.

“Pembangunan naik, bilion‑bilion ringgit, rumah rakyat mahal. Ini kerja (kerajaan) negeri. Negeri tak buat. Johor negeri kaya. Tak mahu berapa orang kecil kaya, rakyat banyak miskin,” katanya.

Anwar turut mempertahankan kerjasama PH dengan DAP, menegaskan sepanjang beliau menerajui kerajaan, wakil DAP dalam Kabinet tidak pernah menentang program berkaitan Melayu dan Islam.

“Saya dah tiga tahun setengah sebagai Perdana Menteri, belum sekali Kabinet daripada DAP menentang program untuk Melayu ataupun Islam. Boleh semak rekod,” katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa penyokong PH di Senggarang yang sanggup menunggu dalam cuaca panas.

“Senggarang ini luar biasa semangatnya. Tengah panas pun boleh tunggu. Jarang ceramah saya orang tengah panas semangat begitu luar biasa,” katanya sambil menyeru pengundi di Senggarang, Rengit dan Penggaram memberi sokongan padu kepada calon PH pada PRN kali ini.

Sebanyak 172 calon bertanding merebut 56 kerusi DUN, dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai dan pengundian awal pada 7 Julai. – 5 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related