◉ HEADLINES

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

3:17 PM MYT

 

BUKIT MERTAJAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, mengalu‑alukan negeri di seluruh negara melaksanakan inisiatif solat Jumaat di pusat beli‑belah, susulan sambutan positif di beberapa lokasi di Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau, pelaksanaan itu dimulakan menerusi kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Setakat ini solat Jumaat telah dilaksanakan di beberapa pusat beli‑belah, termasuk di IOI City Mall, Alamanda Shopping Centre dan Suria KLCC, manakala beberapa lokasi lain sedang dalam peringkat perbincangan.

Bagi negeri‑negeri, kita galakkan dan alu‑alukan mana‑mana negeri untuk turut bersama‑sama kami, saya rasa insya‑Allah usaha yang baik ini akan mendapat sambutan,” katanya selepas merasmikan Multaqa MADANI Ulama dan Umara Zon Utara di Masjid Timah, Permatang Pauh.

Malaysia kini mempunyai lebih 6,784 masjid berdaftar, 1,029 surau Jumaat dan lebih 18,000 surau, dengan keseluruhan 11,000 imam menerima elaun bulanan.

Zulkifli berkata pihaknya turut menerima permintaan daripada pengurusan pusat beli‑belah yang berminat menyediakan surau Jumaat selepas melihat sambutan menggalakkan.

“Selain pusat beli‑belah, kami turut merancang memperluas kemudahan solat Jumaat ke lokasi tumpuan awam lain seperti terminal pengangkutan, lapangan terbang dan kawasan rehat serta rawat di lebuh raya,” katanya.

Beliau turut mengumumkan Program Rakan Muda Rakan Masjid akan diperluas ke seluruh negara bagi menggalakkan penglibatan belia dalam mengimarahkan institusi masjid melalui aktiviti agama, kemasyarakatan dan rekreasi.

“Di Wilayah Persekutuan, kita telah menghimpunkan jawatankuasa belia masjid melibatkan lebih 75 masjid, yang kini aktif melaksanakan pelbagai program untuk masyarakat,” katanya. – 5 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related