HEADLINES

PRN Johor pada Sabtu: Teguran pada SPR bukan campur tangan – Anwar

Anwar berkata, SPR sebagai badan bebas harus lebih teliti supaya pilihan raya diadakan mengikut garis demokrasi di mana ruang dan waktu diberikan secukupnya supaya orang ramai boleh balik mengundi terutama pengundi yang berkerja di Singapura

12:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata teguran yang dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan pada hari Sabtu bukan bermakna campur tangan.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, ia merupakan padangan dan teguran beliau dari usaha menggalakkan lebih ramai rakyat keluar mengundi.

SPR, katanya, sebagai badan bebas harus lebih teliti supaya pilihan raya diadakan mengikut garis demokrasi di mana ruang dan waktu diberikan secukupnya supaya orang ramai boleh balik mengundi terutama mereka yang berkerja di Singapura.

“Yang kerja di Singapura ramai. Hari Sabtu itu ramai kerja sekerat (separuh) hari dan sebaiknya (diadakan) hari Ahad tetapi SPR badan bebas, dia nak buat hari Sabtu juga.

“Pandangan peribadi saya, saya tidak begitu setuju kerana saya rasa apa sahaja yang boleh dilakukan untuk menggalakkan orang datang mengundi.

“Kalau teguran begitu… itu bukan bermakna campur tangan, kalau saya campur lain keadaannya,’’ katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini
.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai penggunaan logo dakwaan penggunaan media rasmi kerajaan untuk siaran program politik.

PRN Johor akan diadakan pada 11 Julai.

Mengulas dakwaan penggunaan logo Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada siaran Facebook membabitkan program politik, Anwar berkata perkara itu akan disemak sekiranya benar-benar berlaku.

“Saya tidak ikuti, tapi kalau itu benar, kita boleh betulkan. Tapi kenyataan saya itu dilaporkan, saya tak ada salah, cuma isunya logo RTM sahaja,’’ katanya.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan soalan tambahan daripada Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat), yang mencadangkan agar Anwar menggunakan hubungan rapatnya dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong bagi mendapatkan cuti khas untuk pekerja Malaysia keluar mengundi, Anwar berkata:

“Hubungan kita dengan Singapura sangat baik dan hubungan yang baik ini membantu membangunkan kedua-dua negara. Saya juga mempunyai hubungan peribadi yang baik dengan Perdana Menteri Lawrence Wong.”

“Cuma saya juga tahu, mewakili negara selalunya kita tidak meminta negara-negara lain campur dalam urusan termasuk pengundian di negara kita,’’ katanya.

Bagaimanapun, ujar beliau, syarikat-syarikat di Singapura dimaklumkan untuk memudahkan urusan pilihan raya berkenaan.

“Saya tidak bercadang untuk hubungi Perdana Menteri Singapura dalam urusan pengundian atau pemilihan di Malaysia,’’ katanya. – 7 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related